UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Benar, lupakan BPR, lupakan aduan rasmi, lupakan laporan polis

Oleh : PEMINAT BUKU-BUKU LUTFI

Bila membaca berita tentang perlantikan Khir Toyo diangkat menjadi pengerusi baru perhubungan Umno Selangor menggantikan Mat Taib, saya segera teringatkan Sdr Ahmad Lutfi yang banyak membuat laporan rasuah Khir kepada BPR.

Tidaklah saya percaya selama ini bahawa Mahathir akan mengambil tindakan kepada Khir dengan aduan itu, tetapi saya tidak pasti apakah di sebelah Sdr Lutfi, sdr yakin tindakan sdr membuat aduan rasmi itu akan mendatangkan hasil yang positif?

Saya pasti Sdr Lutfi menghabiskan banyak masa dan tenaga, serta mungkin juga wang ringgit untuk mencari segala bukti dan dokumen berkaitan dengan rasuah Khir, tetapi saya tidak pasti apakah tindakan sdr itu berbaloi?

Bukankah lebih baik sdr menggunakan media seperti akhbar atau majalah, ataupun internet saja untuk mendedahkan isu rasuah Khir Toyo ini? Mengapa perlu naik turun pejabat BPR berkali-kali sedangkan kita semua tahu bagi PM dan BPR, soal rasuah pemimpin tertinggi BN tidak akan diambil tindakan?

Malah PM mungkin akan mengekalkan kedudukan orang penting yang makan rasuah itu kerana mereka boleh dicucuk hidung dan diarah melakukan apa saja kemahuan PM.

Sedangkan saya nampak Lutfi seperti menaruh harapan kepada BPR dan PM untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Khir, tetapi tindakan terbaru PM melantik Khir jadi ketua Umno Selangor adalah seperti mengiktiraf kewibawaan Khir walaupun macam-macam tuduhan dilemparkan kepada Khir.

Oleh itu saya amat amat bersetuju jika benar Lutfi tidak mahu membuat laporan kepada BPR yang duduk di bawah ketiak Mahathir kerana tidak ada apa-apa kesan positif yang diperolehi darinya.

Saya cadangkan supaya Lutfi lebiih fokus kepada bidang penulisan, untuk bukan saja bongkar kes rasuah Khir tetapi juga menteri-menteri lain, termasuk Mahathir. Lupakan BPR, lupakan polis, lupakan PM. Biar rakyat akan tentukan orang yang rasuah macam Khir Toyo itu.

Biar kita gemblengkan bersama semangat dan kekuatan rakyat Selangor untuk menjatuhkan Khir dalam pilihan raya akan datang dan kemudiannya merampas segala harta rasuahnya dan membawanya ke mahkamah!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com