UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor UiTM Memang Anti-Islam

Oleh : ABU MUHAMMAD

Saya ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Datuk Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah, Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) di Berita Harian pada 21 Januari 2002 selain ingin mengulas beberapa perkembangan terbaru di UiTM. Kenyataan akhbar beliau ini dilihat amat merbahaya untuk survival sistem pendidikan negara yang selama ini dirangka berdasarkan kepada sistem pendidikan Islam malahan ia secara tidak langsung telah mencemar kewibawaan UiTM sebagai isntitusi Bumiputera atau Islam.

Secara kasar, keputusan UiTM untuk merombak semula kursus kokurikulum adalah tindakan yang tepat pada masanya bilamana krisis akhlak pelajar UiTM sudah heboh dan menjadi buah mulut masyarakat Shah Alam. Apatah lagi, JAIS dalam kenyataannya juga di Berita Harian pada penghujung tahun lepas melaporkan bahawa kelompok pelajar UiTM adalah yang kerap ditangkap berkhlawat dan berzina. Justeru itu , tidak salah lagi jika ada yang membuat tanggapan bahawa sistem pendidikan UiTM atau kursus kokurikulum UiTM telah gagal memainkan peranan berkesan untuk memantapkan sahsiah para pelajar.

Namun begitu, saya percaya alasan paling munasabah punca kepada tindakan ini ialah kerana kebencian NC UiTM terhadap unsur-unsur Islam, mahu menjuarai aktiviti-aktiviti membodek pemimpin negara dan juga mahu dilabel sebagai pemimpin dunia akademik terulung sepanjang sejarah tanahair. Saya yakin dan percaya, selepas pengurangan semester mata pelajaran UIS, penutupan Pusat Khidmat Islam Bersepadu (PKIB), pengharaman nama Islam pada persatuan dalaman, larangan Tazkirah Ramadhan dan sekatan Ceramah Agama di dalam kampus maka penghapusan ko-ADASI sudah tentu merupakan lanjutan dalam siri penghapusan unsur-unsur Islam di UiTM. Tindakan tidak demokrasi ini lahir kerana kebencian dan kedengkian yang mendalam NC UiTM kepada nilai-nilai Islam dan ia amat memuncak bila mana beliau mendapat kuasa autonomi pentadbiran UiTM. Beliau seolah-olah mengurus UiTM seperti sebuah parti politik sehingga terlupa tanggungjawabnya yang sebenar kepada nusa dan bangsa.

Menteri Pendidikan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) dan BPR perlu segera menyiasat kenyataan Datuk Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah ini yang nyata merupakan tindakan bersabit penyalahgunaan kuasa, mempunyai niat jahat dan anti pengamalan Islam. Masyarakat UiTM sedar wujud deretan lagi kes salahlaku Naib Canselor UiTM yang jelas mencabar sistem perundangan negara. Ini termasuklah; memberi kenaikan pangkat secara drastik dan menganugerahkan Prof. Madya kepada kroni-kroni rapatnya, sesuka hati menukar pensyarah ke serata pelusuk negara tanpa mengira keperluan akademik dan membohongi YAB Perdana Menteri serta rakyat dengan membuat kenyataan bahawa UiTM telah melaksanakan pememecatan pensyarah dan menukar 47 yang lain sedangkan tindakan ini belum lagi ambil pada ketika tersebut. Nyata sekali, ini semua adalah sandiwara beliau untuk berlagak menjadi Hero Tamil!

Sekali lagi, saya mendesak pihak Kementerian Pendidikan, , Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Islam) dan BPR supaya menyempurnakan amanah serta sumpah jawatan dengan bertindak secara adil dan saksama. Mereka tidak boleh membiarkan imej pendidikan dan Islam terus dipermain-mainkan dengan sewenang-wenagnya oleh NC UiTM serta membelakangkan hukum dan undang-undang. Sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan keyakinan masyarakat UiTM terhadap kredibiliti dan reputasi pendidikan UiTM yang disifatkan tercemar begitu teruk. Ketegasan dan keberanian semua pihak amat mustahak demi kebaikan semua.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com