UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Lim Kit Siang Memang Anti-Islam?

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Sejak lama saya mengkagumi bekas Ketua Pembangkang, Lim Kit Siang. Penampilannya di Parlimen sudah menjadi lagenda. Namun akhir-akhir ini, merujuk kepada kenyataannya mengenai keputusan pilihan raya Indera Kayangan, perlahan-lahan penghormatan saya kepadanya kian pudar.

Saya hairan mengapa beliau terlalu menekankan soal isu negara Islam sehingga menutup pandangannya daripada membincangkan isu-isu lain yang juga lebih penting. Begitu juga penekanannya dalam hal tragedi serangan 11 September ke atas Amerika. Saya sendiri akui pembangkang perlu duduk semeja, berbincang dari hati ke hati, tetapi Kit Siang seolah-olah tidak mahu faham mengenai konsep Negara Islam.

Dulunya, DAP keluar BA kerana tidak bersetuju dengan perjuangan parti utama dalam BA, iaitu PAS. DAP mahu PAS gugurkan perjuangan menegakkan Negara Islam, nadi kepada PAS. Tiba-tiba saja Mahathir dengan beraninya mengisytiharkan Malaysia adalah sebuah Negara Islam. Jadi, di mana DAP sekarang. DAP terus dengan pendiriannya yang mahu mengekalkan sistem sekular, dan menolak sama ada Negara Islam PAS ataupun Negara Islam Umno.

Saya hairan mengapa DAP tidak boleh menerima bahawa Malaysia tidak mungkin menjadi sebuah negara sekular memandangkan latarbelakang sejarahnya. Peranan Islam dalam sejarah pembinaan negara ini cukup besar dan sukar untuk dinafikan pengaruh besarnya itu.

Sekurang-kurangnya Malaysia adalah sebuah negara umat Islam yang mesti dari masa ke semasa memperteguhkan kedudukan agama dalam sistem pemerintahannya. DAP tidak wajar untuk terus menghasut rakyat bukan Islam untuk membenci dan menolak Islam sebagai agama Persekutuan dengan diberikan beberapa penekanan yang lebih. Sayang sekali sayang, saya seperti dapat mengesan adanya unsur benci dalam diri Kit Siang ke atas Islam. Kit Siang seperti tidak mahu memahami asas perjuangan PAS dan kekuatannya selama ini. meninggalkan perjuangan menegakkan Negara Islam adalah seperti kita berusaha untuk membunuh PAS, tentulah ia mustahil dilakukan.

Bagi saya, rakyat bukan Islam sendiri sudah dapat menerima hakikat Malaysia sebagai sebuah negara Islam, sekurang-kurangnya dalam definisi Umno. Jadi, apabila Kit Siang mengajar rakyat bukan Islam menolak Negara Islam, ia akan memburukkan lagi suasana khususnya tanggapan bukan Islam terhadap Islam itu sendiri.

Oleh itu saya mohon agar Kit Siang lebih berhati-hati dalam memperalatkan isu negara Islam demi untuk memulihkan semula partinya yang makin hilang wibawanya itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com