UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ramai ADUN Selangor Tidak Sabar-Sabar Lagi Tunggu Khir Rombak Exco

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

SHAH ALAM: Beberapa ADUN Umno Selangor dikatakan tidak sabar-sabar lagi menunggu langkah awal Ketua Perhubungan Umno negeri, Dr Khir Toyo bagi menyingkir sekurang-kurangnya tiga Exco kanan kerajaan negeri, iaitu Dr Timbalan Menteri Besar, Dr Zainal Abidin Ahmad dan dua exco, Datuk Shariff Jajang dan Mokhtar Dahalan.

Ketiga-tiga nama itu, bukan saja disebut secara terbuka oleh laman-laman web Umno yang ditaja sendiri oleh Khir tetapi juga dimuatkan melalui satu analisis berita oleh Ketua Biro Utusan di Klang dalam Utusan Malaysia tidak lama dulu.

Mereka dikatakan pihak yang bertanggungjawab mendedahkan maklumat sulit tentang salahguna kuasa Khir Toyo terutama sekali berkaitan kelulusan tanah kepada syarikat tertentu.

"Selagi Exco-exco kanan berkenaan berada dalam mesyuarat kerajaan negeri yang dipengerusikan Khir, menjadi bertambah sukar untuk MB mengagihkan projek dan kekayaan Selangor kepada kroni dan suku-sakatnya," kata sumber yang rapat dengan Umno Selangor.

Mengikut prosedur Khir perlu mendapat persetujuan atau perkenan daripada Perdana Menteri untuk membuat rombakan besar-besaran itu.

"Inilah masa paling sesuai untuk Khir berbuat demikian, selepas beliau dilantik menjadi Ketua Perhubungan Umno yang baru. Mahathir pasti akan mengiakan apa saja kehendak Khir," kata sumber itu lagi.

Kalau dulu, tambah sumber itu, Khir mungkin teragak-agak untuk mencadangkan agar Exco-exco berkenaan dilucutkan jawatan kerana bimbang PM akan mempersoalkan kes rasuahnya, tetapi kini nyata PM sudah menganggap tiada kes rasuah yang boleh disabitkan dengan Khir.

"Khir patut menggunakan peluang keemasan yang ada untuk berjumpa PM ketika mana PM memberikan sepenuh keyakinan kepada Khir untuk mentadbir Umno Selangor. Ini kerana, jika dibiarkan Exco-exco berkenaan berada dalam mesyuarat penting Exco, tidak mustahil akan ada lagi rahsia kerajaan negeri yang akan dibocorkannya kepada pembangkang ataupun Lutfi," ujar sumber itu lagi.

PM tentu tidak akan menggadaikan Selangor dalam pilihan raya akan datang. Tidak boleh dibayangkan jika BN tewas di negeri yang cukup strategik buat BN ini. Oleh itu, Mahathir pasti akan mengikut saja kehendak anak emasnya untuk membuat rombakan Exco yang keputusan itu membuatkan Umno makin mantap dan kukuh.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com