UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pemimpin PAS Takutkan Polis Punca Politik Sejuk Tidak Bermaya?

Oleh : PENGUNDI PENDANG

Kalau keadaan sejuk politik yang ada sekarang berterusan, saya yakin PAS dan pembangkang lain akan menghadapi masalah besar. Suasana seperti itu memberi banyak kelebihan kepada pemerintah BN.

Jadi, langkah perlu mesti diambil segera. kebuntuan ini mesti dipecahkan. Lagi satu, saya harap beberapa isu yang boleh dikaitkan dengan salahguna kuasa oleh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu di bawah PAS hendaklah dijelaskan sebaik mungkin.

Masalah balak di Terengganu umpamanya, bagi saya ia ibarat bom jangka yang akan meletup bila-bila masa. Kerajaan PAS pimpinan Haji Hadi Awang jangan pandangan ringan masalah ini. Ia boleh menyebabkan imej PAS menjadi buruk atau sekurang-kutrangnya nanti orang akan berkata, "sama sahaja PAS dengan Umno kalau diberi peluang memerintah."

Ini yang berbahaya. Masa belum terlambat untuk kerajaan Terengganu misalnya membuat perubahan. Kalau silap mengakuilah kesilapan, dan pastikan ia tidak berulang kembali. Ini kerana jika tuduhan PAS pun sama dengan Umno kalau diberi peliang memerintah sudah terpahat dalam pemikiran rakyat, habislah PAS!

Kalau isu-isu kroni juga boleh dihalakan kepada kerajaan PAS, maka segala kerja keras yang dibuat oleh Lutfi untuk membongkar segala penyelwengan dan amalan rasuah Khir Toyo akan tenggelam begitu saja. Rakyat akan mencebik bibir kepada kita: Cakap saja pandai tapi bila memerintah dua kali lima saja.

Wakil-wakil rakyat pula jangan sombong atau kedekut sangat. Turunlah berjumpa rakyat. Dampingi mereka dan rasailah degup jantung mereka. Sudahlah tiada habuan kebendaan yang kita boleh tawarkan, untuk berjumpa tok wakil pun susah.

Apa pun lebih penting dari perwatakan wakil-wakil rakyat pembangkang ialah imej parti. Kalau imej parti buruk, buat macam mana pun, senyum sampai ke telinga pun, tak jadi ... akhirnya orang ramai akan tolak [arti sepertimana nasib PAS di Klantan pada 1978 dulu, hanya tinggal dua batu nesan.

Risau benar saya tengok bagaimana selesanya kebanyakan pemimpin PAS dengan senario yang langsung tidak memihak kepadanya kini. Khabarnya dulu ada keputusan supaya diadakan ceramah politik juga walaupun dihalang polis.

Tapi yangh peliknya pemimpin utama PAS sendiri yang tidak berani turun padang. Ada antara mereka yang cukup cukup penakut dengan polis. Sudahlah aktivis PAS susah nak dapat permit polis, nak dapat kebenaran dari pemimpinnya sendiri pun lagi susah. Apa punya jenis pemimpin pun kita tak tahu, lebih teruk dari ketua polis sendiri pula!

Saya pun tak reti nak hujah dengan baik tapi hati nurani saya cukup rasa tak puas hati dengan tindakan PAS berdepan dengan masalah yang ada. Setakat menyerah, alamatnya punah dalam pilihan raya akan datang. Keputusan Indera Kayangan adalah benih awalnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com