UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tahanan : Selidik punca sebab asas, kemuka segala bukti ke Mahkamah terbuka dan bebas

Oleh : DR SYED HUSIN ALI

Manakala Amerika Syarikat memerangi “komunisme antarabangsa”, Kerajaan Malaysia ketika itu menggunakan ISA untuk menahan beratus-ratus orang yang dituduh menjadi atau bekerjasama dengan “pengganas komunis”. Pemerintah tidak mempunyai bukti lengkap dan oleh itu tidak berani menghadapkan mereka ke mahkamah. Ramai tahanan menderita di bawah keadaan teruk akibat tahanan zalim, dan keluarga mereka juga menanggung seksa. Mungkin sebagai dirancang dan bukan kebetulan saja, polis sering melancarkan penahanan beramai-ramai manakala parti utama pemerintah menghadapi krisis pimpinan dan perpaduan.

Kini, apabila US sedang memerangi “keganasan antarabangsa” yang selalu dikaitkannya dengan “Islam fudamentalis”, Kerajaan BN terus menggunakan ISA untuk menahan mereka yang dituduh sebagai “militan” dan mempunyai hubungan dengan “pengganas antarabangsa”. Dilindungi oleh laungan perang AS menentang keganasan, negara pengganas Zionis Israel merasa bebas untuk membunuh rakyat tidak bersalah, menduduki bumi, merobohkan tempat kediaman dan memusnahkan markas di Palestin. Dengan perlindungan yang sama Kerajaan Malaysia kini menahan ramai orang di bawah ISA.

Masalah “Islam militan”, atau militan apa saja, tidak boleh diselesaikan dengan memperalatkan ISA yang zalim. Sebagaimana kami bersetuju dengan Dr Mahathir bahawa ancaman “keganasan antarabangsa” tidak mungkin diselesaikan melalui pengeboman Afghanistan, dan AS perlu mengkaji punca asas “keganasan antarabangsa”, begitu juga dengan nada yang sama kami mendesak supaya Kerajaan BN berhenti menggunakan ISA dan menyiasat punca gerakan “Islam militan” di Malaysia. Sekiranya benar, mengapakah ramai orang Melayu/Islam sudah hilang kepercayaan atas perjuangan aman mengikut undang-undang? Mengapakah kebanyakan mereka terdiri daripada golongan profesional berpendidikan tinggi? Apa cara terbaik untuk mengatasi masalah ini?

PRM tidak bersetuju dengan pendapat sesetengah pihak bahawa pemerintah perlu menerbitkan Kertas Putih. Pengalaman menunjukkan semua kertas putih tentang beberapa peristiwa lalu penuh hanya dengan maklumat berat sebelah daripada polis dan kesimpulan pincang dari pemerintah. Kami tahu bahawa kertas putih mengenai KMM kali ini tidak akan berubah bentuknya. Tidak payahlah membuang masa awam dan wang rakyat untuk menerbitkannya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mendakwa ada bukti lengkap “anggota KMM” yang ditahan mempunyai hubungan antarabangsa dan bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan dengan kekerasan. Kali ini nampaknya polis lebih berhati-hati, kerana KPN Tan Sri Norian Mai dilaporkan sebagai berkata beliau hanya mempercayai mereka mempunyai hubungan dengan al-Qaeda dan menyertai jaringan untuk membentuk “Daulah Islamiah” di Nusantara. Sekiranya Mahathir dan Norian Mai mempunyai bukti lengkap, bawalah mereka ke mahkamah terbuka dan bebas.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com