UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kunci Kemenangan Di Indera Kayangan: Perjuangan Berbilang Kaum

Tahniah kepada semua penggerak reformasi dan pencinta kebenaran di atas daya usaha anda meneruskan perjuangan rakyat ini. Sebagai salah seorang rakyat marhaen yang berkongsi harapan dengan jutaan rakyat Malaysia, saya sangat mengharapkan semangat Lawan Tetap Lawan! yang telah kita tunjukkan di Lunas tempohari akan dapat ditingkatkan lagi agar dapat membuahkan hasil yang manis di Indera Kayangan (IK) nanti.

Yang jelasnya, kita mesti mahu belajar dari pengalaman yang lepas. Saya berasa amat kagum dan yakin dengan perkembangan ini. Kalau diimbau ketika Pilihanraya Kecil DUN Lunas dahulu, kita tidak nampak secara jelas Bilik Gerakan untuk jentera pilihanraya dari kaum Cina, melainkan Bilik Gerakan yang diusahakan oleh Saudara Tien Chua dan beberapa markas DAP yang beroperasi umpamanya di kawasan Kelang Lama. Saya amat berbangga dan menalu-alukan kejayaan keADILan khususnya dan BA amnya, yang telah menyedari hakikat ini lalu berjaya menubuhkan jenteranya sendiri bagi masyarakat Tionghua di IK.

Pada saya, inilah hikmah di sebalik segala perkembangan terkini terutamanya tentang persepakatan kita dalam BA. Dengan keluarnya DAP daripada barisan ini, kita telah mula berdikari. Moga-moga dengan itu kita seharusnya dapat meningkatkan lagi usaha untuk meraih dan mendekati hati pengundi Tionghua.

Seringkas yang boleh, saya ingin berkongsi sedikit pengalaman dan pendapat tentang perkara ini demi kebaikan kita semua. saya berpendapat, Bilik Gerakan khas untuk masyarakat-masyarakat tertentu seperti Cina, India, Siam dan sebagainya adalah penting memandangkan kita, terutamanya keADILan merupakan parti berbilang kaum. Jadi, ciri-ciri berbilang kaum haruslah ditonjolkan. Selain daripada itu, ianya adalah penting sebagai tempat untuk menyelaras jentera dari Masyarakat Tionghua yang datang dari seluruh negara. Tambahan pula, di sinilah tempatnya kita dapat menyusun dan meyelaras maklumat yang perlu disampaikan kepada masyarakat tersebut.

Seperti yang telah disebutkan di atas tadi, ketika di Lunas memang ramai petugas dari masyarakat Cina yang datang dari seluruh negara seperti dari Lukut, Negeri Sembilan yang datang membantu. Mereka telah dihantar untuk bertugas ke kawasan-kawasan masyarakat Cina. Saya telah berkesempatan menyertai mereka dalam beberapa lawatan ke kawasan tersebut.

Dari pemerhatian saya, satu sahaja kelemahan yang amat jelas dalam siri-siri lawatan itu ialah kumpulan-kumpulan tadi hanya terdiri daripada jurukempen berbangsa Cina. Sedangkan mereka akan bergerak dari rumah ke rumah untuk berkempen dalam suatu kawasan yang telah ditentukan. Pada hakikatnya, dalam kawasan tadi rupanya masih ada juga penduduknya yang berbangsa Melayu, India dan sebagainya. Jumlah mereka memang sedikit di kawasan itu tetapi mereka tetap penting bagi kita, bukan?

Begitu juga, ketika saya berkesempatan menyertai kumpulan jurukempen yang ditugaskan pergi ke kawasan majoriti penduduk berbangsa Melayu. Semua anggota jurukempen itu terdiri dari kalangan orang Melayu belaka. Sedangkan perkara yang sama berlaku, di mana kawasan tadi tidak hanya didiami oleh penduduk Melayu. Apabila kami sampai ke rumah orang Cina dan cuba berkomunikasi dengan mereka, ternyata ianya kurang berkesan kerana pada hakikatnya masih ramai lagi di kalangan mereka tadi kurang fasih menggunakan bahasa Melayu. Perkara yang sama berlaku ketika kami mengetuk sebuah rumah yang penghuninya berbangsa India. Bayangkan, jika dalam kumpulan kami tadi sekurang-kurangnya terdapat seorang pemuda Cina dan seorang pemuda India.

Jadi, saya sarankan agar perkara dapat diambil perhatian yang serius oleh pimpinan dan para pejuang semua kerana ia akan mencerminkan halatuju perjuangan kita. Disamping mengalu-alukan kejayaan kita mewujudkan Bilik Gerakan dan Markas seperti di atas, saya berharap kewujudannya nanti tidak akan menjadikan kita nampak seolah-olah berpuak-puak oleh para pengundi. Terpulanglah kepada pimpinan dan diri kita sendiri untuk menerima kebaikan ini. Inilah kuncinya!

Selamat Berjuang kepada semua pencinta kebenaran!

Enot Sabah
(07.01.02)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com