UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




1 Ahli Politik + 1 Tuan Tanah = 200 Orang Kampung Merana

(1 politician + 1 landowner = 200 oppressed villagers)
Kevin Tan, Malaysiakini.com

Dalam keghairahan Malaysia mencapai kearah dunia teknologi maklumat, penduduk sebuah kampung di pekan kecil Bedong hidup tanpa kemudahan asas untuk meneruskan hidup mereka.

Tiada bekalan air mahupun bekalan elektrik di sana. Anak-anak mereka menelaah pelajaran hanya bersuluhkan lampu minyak tanah dan lilin.

Mereka yang terdiri daripada 30 keluarga yang malang di Kampung Getah Dua di Bedong, Kedah, itu tinggal di dalam sebuah ladang getah yang tertinggal dari kemajuan berbanding Lembah Silikon di Pulau Pinang, yang hanya memakan masa sejam perjalanan dari situ.

Orang kampung ini telah melalui kehidupan yang payah itu selama 50 tahun yang lalu, tersisih daripada kemajuan apatah lagi untuk mendapatkan keselesaan hidup yang lebih baik.

"Kami hanya mahukan bekalan elektrik dan air," kata V Subramaniam, seorang penduduk yang berumur 70 tahun dan beliau menambah, tanpa kemudahan asas ini pelajaran anak-anak mereka telah terjejas dan ini semakin memeningkan kepala mereka.

Dengan tiadanya bekalan air yang sempurna bagi setiap rumah, mereka terpaksa berkongsi sumber air dari dua pili untuk 200 penduduk di sana.

Manakala, pada waktu malam pula mereka terpaksa menggunakan 'enjin penjanakuasa' yang terpaksa dibiayai sebanyak RM2 untuk membeli minyak bagi sehari. Sedangkan sebahagian besar daripada mereka tidak mampu untuk berbelanja sebanyak itu.

Enjin penjanakuasa pula selalu tidak akan dapat bertahan lebih daripada 2 jam kerana selalu rosak. sedangkan kos untuk membaikpulih mesin itu adalah sebanyak RM250, jelas T Joseph Arul, 16, seorang pelajar tingkatan empat yang tinggal di kampung tersebut.

Seorang penduduk, M. Chelliah, 54, berkata sebuah mesin penjanakuasa terpakai berharga di antara RM800 sehingga RM1000 - kos yang mereka tidak mampu.

Chelliah bekerja di sebuah kilang papan hanya memperolehi RM20 sehari. Isteri beliau bekerja sebagai penoreh getah pula hanya mendapat RM9 sehari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah untuk ditanggung.

Permintaan dihalang

Pada 30 Disember tahun lalu, seramai 70 orang penduduk kampung ini telah mengemukakan masalah mereka ke pengetahuan pejabat Menteri Besar Kedah, Syed Razak Syed Zain. Walaupun mereka gagal bersemuka dengan Syed Razak, mereka telah mendapat jaminan bahawa perkara tersebut akan diberi perhatian.

Pada minggu lepas, laman berita radio radiqradio.com telah melaporkan bahawa Amirshah Siraj setiausaha sulit kepada Syed Razak telah melawat ke kampung tersebut.

Penduduk kampung itu mahukan campurtangan pihak kerajaan negeri Kedah agar kampung mereka dapat disediakan kemudahan asas. Walaupun mereka miskin, penduduk kampung itu tidak mengharapkannya sebagai pemberian percuma semata. Jika mereka mampu, mereka ingin membayar untuk mendapatkan kemudahan itu.

Seperti juga keadaan ladang-ladang lain di negara ini, kampung ini telah diletakkan di atas hakmilik persendirian. Pemilik tanah merupakan seorang ahli politik MIC tempatan juga sebagai Jaksa Pendamai (JP) dikatakan telah menghalang permintaan penduduk yang memohon supaya kemudahan asas disediakan di kampung mereka.

Tuan tanah telah menuntut penduduk membayar sewa bagi kawasan itu untuk 35 tahun. Sedangkan menurut peruntukan undang-undang, kadar sewa bagi kawasan itu adalah terhad kepada 6 tahun sahaja. Dalam masa yang sama, tuan tanah telah meminta penduduk itu membayar sewa bulanan sebanyak RM10.

Adakah ini menunjukkan tekanan supaya penduduk meninggalkan kampung ini? Memang benar, kerana adalah dipercayai bahawa tuan tanah telah merancang untuk membangunkan sebuah projek perumahan di kawasan tersebut.

Tiada bantuan dari wakil rakyat

Apa yang lebih mengecewakan, tidak ada langsung pertolongan yang diterima daripada V saravanan selaku pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya dan Sosial negeri Kedah. Malah, V Saravanan mendakwa kerajaan negeri tidak patut masuk campur kerana masalah itu adalah di antara tuan tanah dan penduduk kampung itu.

Penduduk kampung yang ditemui bagaimanapun meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan tindakan Saravanan yang juga sebagai ahli Exco Kerajaan Negeri Kedah dan ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau. Sedangkan, Kampung Sungai Dua adalah dibawah tanggungjawab Saravanan sebagai Adun di situ.

"Masa pilihanraya (1999), Datuk Saravanan berkata dia akan sediakan bekalan elektrik (kepada penduduk kampung), tetapi sampai sekarang pun tidak ada," kata Chelliah.

Satu-satunya rumah yang menikmati kemudahan bekalan elektrik seperti yang dijanjikan masa pilihanraya umum tahun 1999 itu ialah rumah kepunyaan Govindan yang terletak di dalam kampung yang sama.

Saravanan dikatakan memberi sebab kenapa kampung itu tidak memperolehi kemudahan asas kerana penduduk di situ adalah keterlaluan.

Dia dilaporkan berkata "Tiada siapa akan dapat sesuatu secara percuma pada masa sekarang".

Bagaimanapun, Subramaniam memberitahu bahawa penduduk kampung mahu membayar untuk mendapatkan kemudahan tersebut dan sewa bulanan sebanyak RM4 untuk setiap sebuah rumah seperti yang dipersetujui bersama dalam satu perbincangan pada bulan Ogos 1999 (sebagai bangkangan kepada permintaan tuan tanah sebanyak RM10 itu).

Seorang penduduk, R Kanama mendakwa bahawa Saravanan tidak pernah menjenguk kampung tersebut sebaik sahaja selesai kempen pilihanraya umum yang lalu. "Bagaimana kami mahu mengundi beliau dalam pilihanraya akan datang?" tanya beliau.

Namun, menurut laporan di dalam Tamil daily, Saravanan mendakwa beliau telah sepuluh kali melawat kampung tersebut.

Seorang penduduk yang menolak untuk disebutkan namanya menyatakan bahawa kerajaan negeri seharusnya campurtangan dalam menyelesaikan masalah ini tetapi bukan melalui Saravanan.

"Wakil rakyat itu menyebelahi tuan tanah. Adakah ini menunjukkan adanya hubungan di antara beliau dengan tuan tanah itu?" tanya beliau.

Penduduk juga mendakwa bahawa mereka bukanlah penceroboh. "Kami adalah penduduk asal tanah ini," katanya.

Govindan menjadi salah seorang daripada tiga pemilik tanah di Kampung Sungai Getah Dua setelah mendapat perintah mahkamah pada tahun 1989.

"Kalau isu ini tidak dapat diselesaikan, adalah lebih baik kerajaan ambilalih tanah ini untuk diagihkan kepada penduduk di sini," beliau mencadangkan.

Sementara tuan tanah, wakil rakyat dan kerajaan negeri mengambil masa untuk menyelesaikan perkara ini, nampaknya penduduk malang ini terpaksa lagi meneruskan hidup di dalam kegelapan.

Pengalaman ngeri

L. Letchumy, 33, menceritakan pengalaman ngeri apabila beliau terlihat seekor ular berbisa memasuki rumahnya dan beliau gagal untuk mencarinya kerana keadaan yang gelap. Sehinggalah suaminya datang membawakan lampu minyak tanah barulah mereka menjumpai ular itu.

M. Mariamma pula mencadangkan supaya pihak tersebut datang dan cuba tinggal di rumah mereka untuk satu malam sahaja agar mereka faham situasi sebenar kesusahan hidup mereka di sana.

Penduduk kampung berkata, mereka tidak mahu berpindah kerana kos hidup di kawasan lain yang tinggi sedangkan mereka tidak mampu untuknya.

Menurut Subramaniam, sebuah rumah kos rendah berharga RM40,000. Sedangkan beliau hanya mampu mencari duit di antara RM200-300 sebulan.

Subramaniam tinggal bersama anak lelakinya, anak menantu dan dua orang cucu. Anak beliau yang bekerja sebagai penoreh getah hanya memperolehi sebanyak RM200 sebulan. Manakala, anak menantunya yang bekerja kilang pula hanya memperolehi RM300 sebulan.

Beliau menyatakan bahawa pendapatan mereka itu tidak mencukupi untuk mereka meneruskan hidup.

Bagaimana mereka mampu untuk menyimpan, apalagi untuk membeli sebuah rumah?

Diterjemahkan secara bebas oleh: Enot Sabah (16.01.02)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com