Make your own free website on Tripod.com
UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sempena Penubuhan SLA Team (sebuah kontribusi pelajar kepada Malaysia)

Terima kasih dan syabas di atas komitmen semua demi kemajuan perjuangan ini. Teruskannya sebagai menyahut seruan peubahan menyeluruh yang didokong oleh ramai kalangan rakyat marhaen dan semua lapisan masyarakat Malaysia.

Inilah masa sebenarnya di mana suatu bentuk (wadah) perjuangan amat diperlukan dan penubuhan organisasi ini diharap akan dapat menarik lebih ramai lagi penggiat dan kemudian akan melahirkan para aktivis yang berwibawa untuk memikul tanggungjawab perubahan yang dicita-citakan.

Perjuangan ini mungkin akan memerlukan masa setahun, 10 tahun hatta 1000 tahun untuk melihat sinar kejayaannya. Namun, percayalah bahawa kebenaran itu tidak akan pernah kenal erti kegagalan apalagi untuk kecewa. Marilah menyusun langkah sederap yang akan menggegarkan seluruh alam dari lena yang panjang. Bersedialah kita untuk menyusun langkah pertama yang akan diikuti oleh jutaan umat yang tidak akan undur lagi.

Kita telah memulakannya dan jangan biarkan generasi mendatang mempersoalkan kita 'mengapa mereka menerima nasib malang di atas kelalaian kita?'.

Enot Sabah
enotsabah@hotmail.com
29.01.02






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com