UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bebaskan Anwar dengan ikat jamin-Aliran

PULAU PINANG: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia menggesa kerajaan membebaskan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dengan ikat jamin sementara menunggu keputusan rayuannya.

Aliran Kesedaran Kebangsaan, Aliran dalam kenyataannya berkata mahkamah sepatutnya mengambil berat kebebesan sesaorang insan dan memastikan tiada seorang pun dihukum walau sedetik tanpa sebarang sebab.

“Kesalahan Anwar boleh diikat jamin menurut undang-undang, tetapi beliau tidak dibenar ikat jamin oleh mahkamah,” kata Aliran.

Menurut Aliran, situasi dan keadaan yang ujud ketika ikat jamin Anwar ditolak oleh mahkamah (pada tahun 1999) tidak lagi ujud. “Oleh itu, sebarang keputusan untuk menahan Anwar lebih lama adalah kejam dan adalah diluar batas kemanusiaan,” tambah Aliran.

Aliran menggesa mahkamah dan Pejabat Peguam Negera mengkaji semula isu ikat jamin ini dengan simpatik dan positif.

“Ini selaras dengan slogan masayarakat penyayang yang di laung-laungkan.”

-ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com