UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tiada waran tangkap walau Paul tidak hadir

KUALA LUMPUR: Hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Augutine S Paul tidak hadir ke mahkmah buat kali kedua untuk mempertahankan diri bagi kes menghina mahmakah terhadap beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 18 januari lalu.

Bagaimana pun hakim Dato’ Hashim Yusoff tidak mengeluarkan waran tangkap walau notis telah diberi kepada Paul untuk hadir.

Pada perbicaraan pada 12 Disember lalu, Hashim berjani akan mempertimbangkan permohonan peguam Karpal Singh untuk mengeluarkan waran tangkap sekiranya Paul masih tidak hadir buat kali kedua.

Karpal mewakili Christopher Fernando yang mengemukakan permohonan jenayah untuk mensabitkan Paul menghina mahkamah kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap beliau ketika sidang perbicaraan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim April 1999.

“Kalau cara beliau bercakap seperti binatang, beliau patut ditembak,” Paul didakwa berkata kepada Fernando ketika sidang itu.

Karpal berkata Paul tidak menunjukkan rasa hormat kepada mahkamah kerana tidak hadir."Soal ini tidak boleh dipandang ringan, kerana hakim itu telah mengingkari arahan mahmakah," kata Karpal.

"Oleh itu waran tangkap harus dikeluarkan dan Paul harus diheret ke mahkamah serta diberi surat tunjuk sebab kenapa beliau tidak boleh dipenjarakan kerana mengingkari arahan mahkamah buat kali kedua," tambah beliau.

Hashim bagaimana pun tidak membuat sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Sementara itu, ketika menyambung hujahnya Karpal berkata Peguam Negara tidak mempunyai locus standi(asas perundangan) untuk mewakili Paul dalam kes ini. Karpal juga mempertikai kuasa Peguam Negara untuk berbuat demikian. "Inilah kali pertama Peguam Negara memohon untuk mewakili sesoarang hakim," kata Karpal.

Sebelum itu, Dato' Abdul Aziz Rahim yang bertindak bagi pihak Peguam Negara berkata beliau hadir sebagai peguam bela bagi Paul.

Karpal menambah Paul tidak boleh melantik Peguam Negara bagi mewakili dirinya kerana Peguam Negara adalah penasihat perundangan bagi kerajaan seperti yang tercatit dalam artikel 145 Perlembagaan Persekutuan.

Perbicaraan ditangguh pada 11 februari 2002.
-ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com