Make your own free website on Tripod.com
UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kes Anwar: Kesilapan boleh dibetulkan-Duta Amerika

KUALA LUMPUR: Duta Amerika ke Malaysia, Marie T Huhtala berkata Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak dibicarakan dengan adil, tetapi percaya kerajaan Malaysia boleh membetulkannya melalui rayuan kesnya.

Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur akan mendengar rayuan kes pertama Anwar pada 4 hingga 7 Februari ini setelah tiga kali ditangguh.

“Kami tak fikir dia diadili dengan adil dalam kedua-dua kesnya. Tapi ini boleh dibetulkan melalui rayuan itu nanti,” kata Huhtala dalam interview dengan akhbar versi internet, Malaysiakini.

Mengenai badan perundangan, Huhtala berkata ada tanda-tanda yang menunjukkan Malaysia menuju ke arah perundangan yang lebih adil di bawah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Mohamed Dzaiddin Abdullah.

“Beliau nampaknya sedang berusaha ke arah reformasi badam kehakiman,” tambah Huhtala.
-ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com