UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS jangka pilihan raya pertengahan Januari

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Ustaz Hashim Jasin menjangkakan bahawa tarikh pilihan raya kecil Dun Indera Kayangan berkemungkinan akan diadakan pada minggu ketiga hari Sabtu, iaitu 19 Januari depan.

Katanya, tarikh tersebut bertepatan dengan hari cuti bagi kakitangan kerajaan dan juga hari cuti persekolahan.

"Saya jangka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan ditetap pada 19 Januari inilah, lagi pun hari itu orang bercuti," katanya ketika ditemui pada hari Terbuka PAS, 29 Disember lepas.

Menurutnya, pilihan raya kali ini juga memberi harapan kemenangan 50-50 kepada Barisan Alternatif (BA) kerana parti lawan dipercayai mengalami masalah dalaman yang besar.

Katanya selain parti MCA, Umno Perlis juga dakwanya mengalami masalah dalaman yang lebih teruk daripada MCA.

"MCA seperti yang kita tahu mereka berselisih antara mereka tetapi Umno juga, kita difahamkan menghadapi krisis yang sangat hebat," katanya.

Malah katanya, sekiranya BA berjaya merampas kerusi Dun Indera Kayangan, nasib Menteri Besarnya, Dato' Seri Shahidan Kassim, diramal tergugat.

"Saya rasa mengikut percaturan politik, Menteri Besar sekarang akan jatuh dan orang lain pula akan naik sebab ini adalah politik jangka panjang mereka," katanya.

Katanya, BA akan memperkukuh dan menggerakkan jentera parti bersama parti KeADILan.

"Kita sedia membantu dari segi jenteranya malah dari tujuh pusat pengundi yang diketuai oleh PAS ialah tiga kawasan dan empat kawasan Cina kita serahkan kepada KeADILan, itulah yang dikatakan kerjasama kita," katanya.

Sebaliknya beliau berkata, parti lawan didapati tidak ada kerjasama yang jitu seperti BA.

"Apa yang kami dengar lawatan yang ingin dibuat oleh mereka pun dihalang oleh orang mereka juga," katanya lagi.

Beliau menambah, isu BN mengenai perlantikan dua pengarah pilihan raya yang disebut baru-baru ini turut memberi kesan positif kepada BA.

Pilihan raya yang diadakan kali ini adalah ekoran kematian Dato' Khor Liang Tee dari parti MCA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com