UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jumpa Suhakam: 14 Pelajar UTM terima surat tunjuk sebab

SKUDAI, 31 Dis (Hrkh) - Seramai 14 pelajar Universiti Teknologi Malaysia (utm) menerima surat tunjuk sebab dari pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti kerana pelbagai sebab termasuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) tanpa kebenaran universiti.

Setakat ini, pihak HEP UTM telah mengeluarkan 16 surat tunjuk sebab kepada pelajar yang membuat bantahan terhadap kes penyelewengan pilihanraya MPP UTM baru-baru ini.

Dua dari pelajar tersebut menerima dua surat tunjuk sebab untuk dua kesalahan yang berbeza.

Surat tunjuk sebab tersebut telah dihantar secara terus kepada mereka. Mereka diberi tempoh tujuh hari bermula 27 Disember untuk mengemukakan sebab-sebab mengapa pihak Lembaga Tatatertib universiti tidak boleh mengambil tindakan ke atas mereka.

Antara dakwaan yang dibuat oleh pihak HEP ialah menghadirikan diri ke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 13 Disember tanpa mendapat persetujuan dari Naib Canselor UTM.

Tindakan tersebut telah menyalahi Kaedah 15 ( Representasi Berhubungan Dengan Universiti) Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar),1999.

Selain itu, lima pelajar menghadapi tuduhan menunjukkan perlakuan kurang sopan semasa perbincangan dengan TNC HEP selepas tamat penamaan calon iaitu pada 19hb November 2001.

Mereka didakwa atas menyalahi peruntukan di bawah kaedah 27 (Keingkaran) Kaedah-kaedah Universiti Teknologi Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar), 1999.

Segelintir pelajar dituduh menganjurkan perhimpunan haram pada 29 November berikutan penyerahan memorandum berhubung dengan tuntutan mahasiswa untuk pilihanraya MPP yang adil.

Mereka telah dituduh menyalahi Kaedah 9 (1) (Menganjurkan Perhimpunan) yang tidak membenarkan pelajar berhimpun lebih daripada lima orang dalam mana-mana bahagian kampus.

Sebelum ini, bekas Presiden MPP, Saudara Mohd. Musriff Abdullah dan exco Kebajikan MPP, Saudara Ng Tee Neng telah diberi surat tunjuk sebab atas tindakan mereka memberikan kenyataan kepada pihak akhbar berhubung penyelewengan pilihanraya kampus baru-baru ini.

Mereka didakwa telah menyalahi Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971.

Tindakan phak HEP UTM mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pelajar-pelajar tersebut adalah berikutan dari tindakan pelajar membantah penyelewengan pilihan raya MPP UTM sebelum ini.

Pada 19hb November 2001, ramai calon tidak puas hati dengan tindakan pihak pentadbiran mengubah syarat penamaan calon secara tiba-tiba.

Semasa taklimat yang dianjurkan selepas penamaan calon di Dewan Jumaah HEP, majoriti daripada calon membuat bantahan kepada TNC (selaku pengerusi Suruhanjata Pilihanraya MPP).

Calon-calon beramai-ramai keluar dari dewan tersebut akibat kekecewaan mereka terhadap penjelasan TNC berkaitan isu CPA.

Pada masa itu, TNC pernah mengecam akan membubarkan pilihan raya sesi ini selepas soalan-soalan berkaitan isu tersebut bertalu-talu dinyatakan oleh calon.

Selepas itu, TNC mengemukakan pilihan kepada calon. Antara pilihannya ialah membubarkan pilihan raya MPP 2002, melanjutkan sehari lagi hari penamaan tetapi syarat kelayakan ialah CPA 2.5 atau teruskan sahaja pilihanraya ini.

Selepas berbincang secara tertutup bersama semua calon, mereka menolak semua pilihan yang diberikan dan tetap dengan pendirian bahawa pilihanraya masih dijalankan tetapi syarat kelayakan masih CPA lebih 3.0 seperti mana yang termaktub dalam buku peraturan dan syarat pilihanraya MPP 2002.

Dengan ini, calon-calon yang menyokong pendirian tersebut telah keluar daripada Dewan Jumaah. Malah bantahan calon-calon masih tidak mendapat sebarang layanan daripada TNC.

Di samping itu, tindakan sedemikian telah dianggap menunjukkan kelakuan kurang sopan dan perlu penjelasan!

Pada 28 November 2001, 19 calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) 2002 berkumpul di pejabat Naib Canselor (NC) Universiti Teknologi Malaysia untuk berjumpa dengan NC bagi mengadu terhadap penyelewengan yang telah berlaku pada hari pilihanraya MPP dan ketidaktelusan dalam pilihanraya ini.

Mereka meminta NC untuk mengadakan satu sesi penjelasan yang terbuka kepada semua warga kampus dengan kehadiran semua calon pilihanraya dan Urusetia pilihanraya MPP pada pukul 3 petang, hari 30 November 2001 bagi menjelaskan penyelewengan pilihanraya MPP ini.

Bagaimanapun, calon-calon tidak dapat berjumpa dengan Prof. Zulklifi, Naib Canselor UTM kerana NC sedang bermesyuarat.

Justeru itu, calon-calon menjelaskan kepada penolong NC, Encik Zawawi tentang tujuan mereka berjumpa dengan NC. En. Zawawi berjanji akan memberitahu NC tentang permintaan mereka. Tetapi, NC UTM sehingga kini dikatakan langsung tidak menghiraukan perkara ini.

Pada 30 November, satu perhimpunan aman telah diadakan di foyer bangunan Pentadbiran UTM. Perhimpunan yang melibatkan kira-kira 300 orang pelajar yang prihatin tentang perkara ini telah berlangsung selama kira-kira 20 minit.

Mereka membantah tindakan HEP mengubah syarat pencalonan pada saat-saat akhir pada hari pencalonan serta campurtangan pihak HEP dalam urusan pertandingan dengan memaksa pelajar untuk menyertai pertandingan.

Mereka juga membantah ketidaktelusan HEP dalam urusan pilihanraya dengan wujudnya pengundi hantu.

Dengan ini, mereka menuntut agar diadakan semula pilihanraya kecil di 2 fakulti dan mengugurkan kelayakan calon yang mendapat keputusan CPA kurang daripada 3.0 serta membatalkan kemenangan mereka.

Di samping itu, mereka juga menuntut agar menubuhkan satu "Badan Penyiasat Isu Penyelewengan Pilihanraya MPP UTM 2002" yang bebas untuk menyiasat perkara ini.

Mereka juga berharap supaya diadakan satu sesi penjelasan yang terbuka kepada warga kampus UTM dengan kehadiran semua calon pilihanraya dan Urusetia pilihanraya MPP HEP untuk tujuan menjelaskan penyelewengan pilihanraya MPP yang telah berlaku selain menyeru supaya Suruhanjaya Pilihanraya pada masa akan datang disertai dan diuruskan oleh mahasiswa sendiri.

Walau bagaimanapun, tuntutan tersebut dikatakan langsung tidak dibalas dan diambil kisah oleh pihak HEP.

Pelajar-pelajar yang begitu prihatin dengan skandal pilihanraya turut serta dalam perhimpunan ini kerana mereka meragui tindakan pihak HEP tidak telus menguruskan pilihanraya ini.

Adalah difahamkan, mereka tidak berniat langsung mahu menentang atau memburuk-burukkan nama baik HEP tetapi ingin mengetahui penjelasan pihak HEP berkaitan isu ini.

Hal ini dapat membersihkan nama baik UTM yang mempunyai misi untuk menjadi universiti yang bertaraf antarabangsa di peringkat nasional. Malah nyanyian lagu "Keunggulan Terbilang¨ (Lagu UTM) selepas penyerahan memorandum menunjukkan mereka memberi sokongan kepada pihak pentadbiran mengambil tindakan menyiasat kes-kes penyelewengan pilihanraya MPP bagi menjunjung tinggi nama baik universiti.

Pihak pentadbiran UTM telah mengadakan Suruhanjaya Bebas Pilihanraya MPP UTM untuk peyiasatan bantahan calon-calon.

Tetapi yang tidak dipersetujui adalah, pengerusi suruhanjaya ini masih TNC yang memegang jawatan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya MPP UTM dan didakwa terlibat dalam memaksa pelajar menyertai pilihanraya.

Akhirnya, semua bantahan calon ditolak tanpa sebarang penjelasan munasabah.

Pada 14 Disember yang lepas, seramai 40 pelajar UTM ke pejabat Suhakam di Kuala Lumpur meminta agar badan tersebut campurtangan dalam penyiasatan penyelewengan pilihanraya MPP ini.

Mereka telah menyerahkan memorandum termasuk kronologi secara terperinci berkaitan penyelewengan pilihanraya sehinggalah penerimaan surat tunjuk sebab oleh 2 orang pelajar.

Dalam memorandum tersebut, mereka menyeru agar pihak Suhakam menyiasat perkara ini dan hasilnya diumumkan kepada umum di samping mengambil tindakan terhadap orang-orang yang bertanggungjawab ke atas penyelewengan tersebut.

Tindakan berjumpa dengan Suhakam yang diambil oleh pelajar-pelajar ini adalah susulan daripada ketidakpuashatian mereka terhadap tindakan HEP menolak bantahan rayuan yang dikemukakan oleh calon tanpa sebarang alasan walaupun mempunyai bukti-bukti yang amat kukuh seperti gambar pengalihan peti undi di bilik VIP.

Berdasarkan Buku Peraturan dan Syarat Pilihanraya MPP ini, Suruhanjaya bebas akan dilantik bagi membincangkan dan membuat keputusan mengenai bantahan yang dikemukakan.

Ahli Panel Suruhanjaya Bebas adalah terdiri daripada pendaftar atau wakilnya, Dekan Sekolah Pengajian Siswazah atau wakilnya dan Pengarah Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial atau wakilnya dan lain-lain.

Pelajar tidak berpeluang untuk melibatkan diri dalam penyiasatan ini dan keputusan yang dibuat adalah muktamad.

Menurut Ahli Panel berkenaan, sepanjang proses ini, mereka tidak akan berjumpa dengan saksi pelajar. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakpuasan daripada pelajar kerana ini tidak dapat menjamin hak asasi bagi seseorang pelajar.

Pelajar-pelajar percaya bahawa segala masalah yang timbul tidak harus berakhir walaupun pilihanraya sudah tamat.

Demi pembentukan budaya bertanggungjawab di universiti, keraguan tersebut harus mendapat penjelasan yang munasabah malah bukan menyelesaikannya dengan tidak jelas.

Mereka berharap pihak UTM dapat membuat pertimbangan dengan bersungguh-sungguh terhadap masalah yang serius ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com