UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KWSP: PAS prihatin elak labur dalam judi

HULU TERENGGANU, 31 Dis (Hrkh) - PAS sentiasa berusaha untuk memastikan kerajaan tidak menyalahgunakan pelaburan daripada wang rakyat dalam aktiviti yang diharamkan seperti judi, kata Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Haji Muhyidin Abdul Rashid.

Katanya, walaupun PAS tidak memerintah negara tetapi para pemimpin parti mengambil berat bentuk pelaburan wang rakyat yang dilakukan oleh kerajaan termasuk pelaburan yang dibuat oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini, katanya pelaburan yang dilakukan oleh KWSP adalah meragukan kerana terlibat dalam aktiviti perjudian sedangkan wang tersebut diambil daripada para pekerja termasuk umat Islam.

"Oleh kerana itu, wakil PAS dalam Parlimen telah membangkit perkara ini supaya wang KWSP tidak lagi dilaburkan di tempat perjudian," ujarnya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan penduduk di Masjid Kampung Peneh, petang semalam.

Hadir sama ialah Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Hulu Terengganu, Ustaz Abidin Abdul Samad.

Berikutan itu, katanya, pihak kerajaan telah memberi jaminan dan berjanji akan menubuhkan panel syariah bagi mengkaji pelaburan yang dibuat oleh KWSP supaya tidak melibatkan aktiviti yang diharamkan seperti judi dan sebagainya.

Katanya, wang daripada KWSP yang disebut sebagai simpanan untuk hari tua adalah amat tidak wajar terlibat dalam pelaburan yang berkaitan dengan industri judi atau bentuk-bentuk pelaburan yang diharamkan dalam Islam.

"Wang ini biasanya digunakan untuk masa tua atau lepas pencen, jadi kalau guna wang hasil daripada perjudian memang tak betul," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu.

Menurutnya, walaupun pelaburan itu tidak melibatkan masyarakat kampung atau yang bekerja sendiri namun mereka juga mempunyai kaum keluarga yang bekerja dan dipotong gaji mereka untuk dimasukkan dalam KWSP.

"Mungkin kita tidak terlibat kerana tidak kerja makan gaji, tapi tentu ada di kalangan anak-anak kita atau keluarga kita yang terlibat dengan KWSP itu," katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat supaya terus memberikan sokongan kepada usaha untuk menghapuskan perjudian termasuk yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

"Kita kena ingat, bukan orang yang berjudi sahaja berdosa, orang yang menyokong supaya lesen judi diluluskan pun turut terlibat dengan dosa judi," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com