UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PMR: 132 pelajar YIK dapat 9A

KOTA BHARU, 2 Jan (Hrkh) - Keputusan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2001 bagi sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik) mencatat peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Peningkatan prestasi pelajar-pelajar Yik bagi peperiksaan PMR tahun ini bukan sahaja meningkat dari segi peratus kelulusan tahap pencapaian minimum (TPM) bahkan pelajar yang memperolehi keputusan tertinggi 9Ajuga bertambah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains dan Teknologi, Ustaz Hassan Mohamad berkata, seramai 2826 dari keseluruhan 5524 calon yang menduduki PMR tahun ini atau 51.1 peratus mencapai tahap pencapaianminimum (TPM).

Dari jumlah itu katanya, kelulusan 71.35 peratus dicapai oleh sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan negeri berbanding hanya 58.39 peratus pada tahun 2000.

Apa yang membanggakan, kata beliau, seramai 132 calon atau 2.39 peratus memperolehi keputusan cemerlang 9A berbanding hanya 78 calon mendapat keputusan serupa tahun sebelumnya.

Keputusan tersebut mengatasi pencapaian pelajar-pelajar sekolah di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Negeri iaitu hanya 139 calon mendapat pangkat A bagi semua mata pelajaran daripada 34,000 calon atau 0.4 peratus sahaja.

"Pada keseluruhannya pencapaian pelajar Yik dalam PMR tahun 2001 adalah lebih baik berbanding tahun lalu, di mana bilangan pelajar yang memperolehi 9A adalah lebihramai.

"Begitu juga calon yang mendapat 8A iaitu seramai 133 orang, 7A (166) dan 6A (175). Begitu juga pencapaian bagi sekolah-sekolah terutamanya Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan di mana hampir 50 peratus calon kedua-dua sekolah berkenaan mendapat 6A ke atas," katanya pada sidang akhbar di pejabat beliau, baru-baru ini.

Hadir sama termasuk Pengarah Yik, Haji Abdul Aziz Yusof, Timbalannya, Haji Mohamed Nasir Che Ali dan Penolong Pengarah (Peperiksaan), Ustaz Zakaria Mohamed.

Ustaz Hassan berkata, pencapaian cemerlang pelajar Yik berpunca daripada kerjasama erat antara guru, pelajardan ibu bapa.

Kecemerlangan yang diperolehi pelajar agama di negeri ini turut menangkis tohmahan pemimpin peringkat pusat yang mendakwa kerajaan negeri hanya menitik beratkan pelajaran agama semata-mata.

Tambah Ustaz Hassan, keputusan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri sebenarnya membantu negara bukan sahaja melahirkan golongan ulama bahkan golongan professional juga.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com