UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Calon Cina wakili BA di Indera Kayangan - Fadzil

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Hrkh)- Presiden PAS, Dato' Fadzil Noor dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, Mesyuarat Majlis Presiden Barisan Alternatif yang diadakan semalam telah bersepakat memutuskan bahawa calon dari kalangan kaum Cina dari Parti Keadilan Nasional akan mewakili Barisan Alternatif pada plihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan, Perlis pada 19 Januari ini.

Menurutnya, PAS akan diwakili Naib Presiden PAS, Dato' Hj Mustafa Ali pada hari penamaan calon yang ditetapkan pada hari Khamis, 10 Januari kerana pada hari tersebut beliau dan beberapa pimpinan PAS yang lain berada di luar negara.

Walau bagaimanapun katanya, beliau, Timbalan Presiden PAS serta lain-lain pimpinan akan menyertai kempen sekembalinya ke tanahair.

Menurutnya lagi, bagi memastikan kemenangan berpihak pada calon BA, semua pemimpin, ahli dan penyokong Barisan Alternatif akan bekerjasama untuk turun berkempen dalam pilihanraya tersebut.

Justeru katanya, jentera pilihanraya PAS akan digerakkan serta merta bagi memastikan kejayaan berpihak pada BA.

Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Indera Kayangan diadakan ekoran kematian Ahli Dewan Undangannya, Datuk Khor Liang Tee pada 19 Disember 2001.

Pada pilihan raya umum lalu Khor menang dengan majoriti 1,974 undi kepada calon Keadilan, Ko Chu Liang. Khor memperoleh 3,825 undi manakala Ko 1,851 undi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com