UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kemenangan Indera Kayangan penting untuk PAS

KANGAR, 9 Jan (Hrkh) - Kemenangan Barisan Alternatif (BA) dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan adalah penting bagi Barisan Alternatif (BA) dan akan menjadi kayu pengukur kepada pilihan raya yang lebih besar.

Selain itu kemenangan dalam pilihan raya ini juga akan memberi rangsangan kepada ahli-ahli parti dalam BA khususnya PAS lebih yakin dan bersemangat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Dewan Ulama' PAS Perlis, Ustaz Ahmad Ali berkata demikian ketika ditemui di markas PAS Guar Sarji, Semut Gatal dalam majlis rumah terbuka hari raya PAS cawangan tersebut.

Beliau juga amat optimis BA mampu mencapai kemenangan di DUN Indera Kayangan berikutan pelbagai masalah besar yang menimpa parti lawan.

"Keretakan dalam Umno dan MCA begitu teruk dan amat ketara sejak akhir-akhir ini.

"Saya sendiri dapat maklumat dari pihak Umno, mereka akan memberi sokongan kepada BA sebagai tanda protes terhadap dua kumpulan dalam Umno yang semakin teruk permusuhan mereka.

"Selain itu orang Cina juga ramai yang inginkan kemenangan dipihak BA,"ujar Ustaz Ahmad Ali.

Dalam gerak kerja pilihanraya, beliau berkata Dewan Ulama sudah mengatur programnya untuk memastikan kemenangan BA.

Kebanyakannya adalah program ceramah dan memberi penerangan kepada pengundi, tambah beliau.

Katanya juga, pihaknya telah meminta orang ramai termasuk petugas dan pengundi berhati-hati dengan tektik kotor yang akan dimainkan oleh pihak lawan.

Menurut beliau yang juga Adun Guar Sanji, pihak lawan akan membuat berbagai provokasi untuk menjatuhkan imej parti PAS dan BA.

Beliau juga menambah, isu keganasan yang ditimbulkan dan cuba dikaitkan kepada PAS oleh media tidak akan menjejaskan imej PAS kerana tidak pernah ada bukti PAS menganjurkan keganasan kerana PAS dari dahulu lagi berjuang melalui saluran pilihanraya.

Ditanya tentang calon yang akan bertanding, Ustaz Ahmad Ali menegaskan PAS tetap akan memberi sokongan kepada sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh majlis presiden.

"Perpaduan di dalam BA semakin kukuh dan kita masing-masing faham tanggungjawab kita.

"PAS sendiri akan memberi komitmen dan sokongan yang tidak teragak-agak kepada calon pilihanraya yang akan bertanding walaupun dari parti KeADILan atau mana-mana parti dalam BA," tegas beliau.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com