UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Saya sedia ke mahkamah - SU Agung PAS

Oleh Nur Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa hari ini bersedia dicabar di mahkamah sekiranya kerajaan Malaysia akan mendakwanya di atas tuduhan menghina mahkamah dan menghasut dalam isu peristiwa rompakan bersenjata di Sauk dua tahun lalu.

Katanya, beliau mempertahankan pendirian parti berhubung isu tersebut kerana kenyataan awal beliau sebelum ini tidak pernah mempertikaikan keputusan mahkamah terhadap 19 anggota Al-Maunah.

"Kita menghormati keputusan mahkamah dan kita tidak pernah menghina mahkamah, dan saya tidak nampak atas dasar apa kenyataan saya itu dianggap sebagai menghina mahkamah," katanya ketika dihubungi pagi ini.

Beliau mengulas demikian sebagai reaksi awal terhadap kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Rais Yatim hari ini bahawa Jabatan Peguam Negara sedang meneliti tuduhan menghasut dan menghina mahkamah.

Menurut Rais, tindakan undang-undang perlu kerana kerajaan tidak boleh membiarkan mana-mana pihak mempersendakan keputusan mahkamah.

"Apa yang mereka (PAS) katakan itu adalah suatu yang menentang kedudukan undang-undang bersabit hasutan dan menghina mahkamah", kata Rais.

Tambah Nasharuddin yang juga Ahli Parlimen Yan, isu sebenarnya bermula apabila Menteri Pertahanan, Dato' Najib Tun Razak, meminta PAS meminta maaf kerana dakwaan PAS sebelum ini mengatakan peristiwa Sauk sebagai sandiwara.

"Tidak perlu PAS meminta maaf di atas pendirian PAS sebelum ini dan hingga kini, pendirian itu adalah sama dan tidak ada kaitan dengan keputusan mahkamah terhadap 19 anggota Al-Maunah," katanya yang juga bekas Pensyarah Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau juga turut meminta Rais Yatim meneliti semula kenyataan beliau sebelum ini yang disiarkan oleh akhbar baru-baru ini.

Katanya lagi, kenyataan Rais itu juga dianggap tidak profesional dan berunsur politik jika dibandingkan dengan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Mah Weng Kwai 6 Januari lalu.

Mah Weng dalam satu kenyataan dipetik sebagai berkata "Saya tidak fikir boleh sampai ke tahap itu (tuduhan menghina mahkamah) kerana beliau (Nasharuddin) tidak mengkritik keputusan mahkamah".

"Ini adalah kenyataan profesional berlandaskan fakta undang-undang," katanya yang merujuk kepada kenyataan Mah Weng Kai.

Pada 27 Disember lalu, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman mati kepada tiga orang dan penjara sepanjang hayat terhadap selebih anggota Al-Maunah yang yang didakwa terlibat dalam rompakan bersenjata di Sauk atas tuduhan mahu berperang dengan Yang Dipertua Agung.

Tiga daripadanya iaitu Ketua Kumpulan, Mohd Amin, Zahit Muslim dan Jamaludin Darus dikenakan hukuman mati dan selebihnya di hukum penjara sepanjang hayat.

Sebelum ini, 10 ahli Al-Maunah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com