UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS dan PRM ikrar pastikan kemenangan calon BA

Oleh Hafiz Baqi

KANGAR, 10 Jan (Hrkh) - PAS dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) berikrar akan memberi sokongan sepenuhnya kepada calon KeADILan, Cikgu Khoo Yang Chong yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil N8 Indera Kayangan 19 januari ini.

Pengumuman Cikgu Khoo sebagai calon telah diumumkan oleh Presiden Parti KeADILan, Datin Sri Wan Azizah Wan Ismail di Markas Gerakan Pilihan raya KeADILan Kangar kira-kira pukul 11.30 malam tadi.

Cikgu Khoo dipilih sebagai calon melalui persetujuan yang dibuat oleh ahli Majlis Presiden parti-parti dalam BA.

Beliau pernah berkhidmat selama 30 tahun sebagai seorang guru, juga merupakan anak tempatan yang amat dikenali kerana banyak berjasa serta mesra dengan masyarakat terutama masyarakat di sekitar Kangar.

Selain dari menjadi guru, Cikgu Khoo juga pernah menjadi Pesuruhjaya Sumpah dan banyak terlibat aktif dalam persatuan yang memberi khidmat kepada masyarakat.

Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali dalam ucapan di majlis itu memberi jaminan penglibatan PAS dalam membantu KeADILan menghadapi pilihan raya ini.

"Calon tersebut dipilih berdasarkan keputusan Ahli Majlis Presiden dalam BA yang mana PAS juga antara komponennya.

"PAS akan menggerakkan seluruh kekuatan jenteranya untuk memastikan calon dari parti keADILan ini akan menang," tegas beliau.

Sementara itu Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Dr Syed Hussin Ali berkata, PRM akan turut serta membantu kempen pilihan raya ini untuk membantu KeADILan.

Kata beliau, aktivis-aktivis dalam PRM termasuk yang pernah ditahan dalam ISA akan datang membantu kempen di Indera Kayangan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com