UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Indera Kayangan: SUHAKAM sedia hantar petugas

Oleh Zaid Hashim

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bersedia menghantar petugasnya untuk memantau perjalanan pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan bagi memastikan ia tidak melanggar hak-hak asasi mana-mana pihak.

Menurut sumber di ibu pejabat SUHAKAM, keputusan untuk menghantar petugas itu walau bagaimanapun bergantung kepada aduan yang diterima daripada orang ramai atau pihak-pihak yang terkilan terhadap perjalanan proses pilihan raya tersebut.

Beliau, yang ditemui pada majlis penyerahan Memorandum Membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap 13 orang yang didakwa sebagai anggota Kumbulan Militan Malaysia (KMM) baru-baru ini oleh Gerakan Mansuhkan ISA dan keluarga tahanan di sini hari ini, berkata, dalam konteks pilihan raya kecil Indera Kayanganm SUHAKAM tidak akan mencampuri urusan dalaman Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) melainkan adanya aduan berhubung pelanggaran hak asasi manusia sepanjang tempoh pilihan raya berkenaan.

Perkara 12 (1) Akta 597 (Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) memperuntukkan bahawa, SUHAKAM boleh menyiasat atas kehendaknya sendiri atau atas suatu aduan yang dibuat kepadanya oleh orang atau kumpulan orang yang terkilan atau seseorang yang bertindak bagi pihak orang atau sekumpulan orang yang terkilan, menyiasat pengataan mengenai pelanggaran hak asasi manusia atau kumpulan orang itu.

Pilihan raya kecil Indera Kayangan diadakan berikutan kematian wakilnya, Dato' Khor Liang Tee, pada 19 Dis tahun lepas. Hari pengundian telah ditetapkan pada 19 Jan depan. Terdapat 7,976 pengundi berdaftar di DUN ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com