UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS harus letak calon wanita - Majlis Syura Ulama

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Hrkh) - Majlis Syura Ulama PAS membuat keputusan untuk mengharuskan PAS meletakkan calon wanita bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditentukan oleh syarak (hukum Islam).

Menurut satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini oleh majlis tertinggi dalam hiraki PAS itu, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat yang diadakan oleh mereka pada 30 Disember lalu di Kota Bharu.

Kali tertakhir PAS meletakkan calon wanita adalah dalam pilihan raya umum 1960an dahulu apabila Khatijah Sidik bertanding untuk Parlimen Dungun di Terengganu.

Selepas itu, PAS tidak lagi meletakkan calon wanita dalam mana-mana pilihanraya.

Sebelum ini, tiada sebarang keputusan rasmi dibuat oleh PAS samada membenar atau tidak wanita menjadi calon tetapi sejak sekian lama selepas itu, PAS tidak meletakkan calon wanita dalam mana-mana pilihan raya.

Bagaimanapun, Dewan Undangan Negeri Kelantan yang dikuasai oleh PAS melantik hampir kesemua senatornya dari kalangan wanita manakala Terengganu melantik seorang lelaki dan seorang wanita.

Majlis Syura Ulama dipengerusikan oleh seorang pengerusi yang dinamakan Mursyidul Am PAS. Ia sekarang dipegang oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Majlis Syura mempunyai 12 orang anggota. Berdasarkan perlembagaan PAS, Jawatankuasa Kerja PAS Pusat hendaklah melantik empat orang di kalangan mereka manakala Dewan Ulama PAS Pusat melantik empat orang lagi.

Kelapan-lapan orang mereka pula hendaklah bermesyuarat dan melantik di kalangan mereka empat orang lagi, Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am dan setiausaha.

Setiausaha Majlis Syura Ulama sekarang adalah Ketua Dewan Ulamak PAS, Ustaz Harun Taib.

Menurut kenyataan Majlis Syura itu, keputusan 30 Disember itu dibuat setelah berbincang, meneliti dan menimbang serta menilai dari semua aspek yang berkaitan dan suasana serta waqi' (realiti) yang ada sekarang.

Berikut adalah kenyataan penuh yang ditandatangani oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama, Ustaz Harun Taib.

"Majlis Syura Ulama PAS yang bersidang pada 15 Syawwal 1422 bersamaan 30 Disember 2001 di Kota Bharu, Kelantan telah membincangkan tentang penyertaan Muslimat sebagai calon di dalam pilihan raya.

"Setelah berbincang, meneliti dan menimbang serta menilai dari semua aspek yang berkaitan dan suasana serta waqi' yang ada sekarang maka Majlis Syura Ulama PAS besetuju untuk mengambil ketetapan dan keputusan mengekalkan dasar dan amalan parti sebelum ini yang mengharuskan muslimat menjadi calon di dalam mana-mana pilihan raya yang diadakan di negara ini tertakluk kepada syarat-syarat yang dibenarkan dan ditentukan oleh syarak."






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com