UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kematian anak: Zahid nafi tuduhan Shahidan

KANGAR, 11 Jan (Hrkh) - Dakwaan Menteri Besar Perlis Tan Sri Shahidan Kasim terhadap pemimpin pemuda KeADILan, Zahid Md.Arif kerana menyerang peribadi dengan mengaitkan anaknya yang sudah mati dalam kempen pilihanraya dinafikan keras oleh Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeADILan) itu.

Menurut Zahid, tuduhan beliau mengatakan 'padan muka' kepada Shahidan Kasim kerana anaknya mati jatuh dari sebuah kondominium di Kuala Lumpur dalam ceramah beliau di Pejabat Pergerakan KeADILan Kangar pada malam 9 Januari 2001 adalah tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah mencela anaknya kerana anaknya tidak berdosa dan baru berumur tiga tahun malahan dia adalah ahli syurga. Saya hanya melahirkan rasa dukacita kerana kematian anaknya dan mengucapkan takziah kepada beliau.

"Cuma saya minta supaya Shahidan berfikir kesedihan yang dirasakan olehnya akibat kehilangan anaknya samalah seperti rasa sedih yang dirasakan oleh bapa Anuar Ibrahim apabila anaknya dimasukkan kedalam penjara,"tegas Zahid.

Selain itu, beliau juga kesal sekiranya Shahidan sengaja mereka isu tersebut sebagai modal politik murahan untuk mendapatkan simpati rakyat.

Katanya juga, Shahidan perlu bertanya kepadanya dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan bukannya mengambil maklumat daripada pengadu-domba,,kerana Shahidan sendiri tiada ketika beliau berucap pada malam itu.

"Saya juga yakin isu ini akan diputar belitkan oleh media pro-BN dengan mendapatkan ulasan dari cendikiawan dan para ulamak untuk mengelirukan para pengundi dan memaparkan imej buruk parti keADILan," kata beliau.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com