UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Dr Mahathir paling kerap hina mahkamah

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Hrkh) - Pendirian PAS berhubung peristiwa rompakan bersenjata di Sauk dua tahun lalu sebagai sandiwara menjadi kontroversi apabila kenyataan tersebut didakwa kononnya menghina mahkamah dan tujuan menghasut.

Pelbagai pihak khususnya pengamal undang-undang dan tokoh akademik memberikan komen mengenai isu tersebut dari perspektif berbeza.

Pakar Undang-Undang, Dr. Abdul Aziz Bari ketika dihubungi berkata, kenyataan PAS kononnya peristiwa rompakan senjata di Sauk sebagai sandiwara tidak termasuk dalam kenyataan yang dikategorikan sebagai menghina mahkamah kerana ia kenyataan bersifat indirect.

Sambit menyifatkan ia sebagai kenyataan politik, dari sudut undang-undang katanya, apa yang dimaksudkan sebagai sandiwara itu merujuk kepada persoalan PAS mengenai peristiwa rompakan bersenjata di Bukit Jenalik.

"Kalau kenyataan itu merujuk hukuman yang telah diputuskan oleh mahkamah ke atas anggota Al-Maunah sebagai sandiwara, ia boleh dikenakan tindakan menghina mahkamah, tetapi perkataan sandiwara itu merujuk kepada peristiwa rompakan senjata," katanya.

Tambah beliau, jika PAS dikenakan tindakan menghina mahkamah atau menghasut atas sebab kenyataan itu, Perdana Menteri sepatutnya terlebih dahulu dikenakan dakwaan dalam isu pemecatan Anwar Ibrahim.

"Kalau nak ikutkan, dalam kes Anwar, Perdana Menteri paling banyak buat kenyataan menghina mahkamah, tapi tak siapa yang berani nak ambil tindakan," soal beliau.

Katanya, dalam kes Anwar contohnya, beberapa kenyataan pemimpin negara yang boleh dianggap menghina mahkamah mendorong rakyat tidak menghormati dan meragui sistem perundangan dan kehakiman di negara ini.

"Adalah tidak adil jika pemimpin kerajaan boleh membuat kenyataan sesuka hati seperti menghina mahkamah, tidak diambil tindakan. Tetapi bila pembangkang mengkritik, sudah dicop sebagai menghina undang-undang negara dan memperbesarkan isu terbabit," ujarnya.

Kata beliau lagi, oleh kerana kerajaan mempunyai kedudukan tertinggi dalam negara ini, undang-undang tidak harus dijadikan alat untuk menutup kelemahan kerajaan.

Contohnya, kata beliau, kalau PAS dakwa peristiwa Sauk sebagai sandiwara tanpa merujuk kepada hukuman yang diputuskan oleh mahkamah, kerajaan harus menerima kritikan itu sebagai kelemahan.

"Kalau orang kata sesuatu itu sandiwara, mesti ada sesuatu yang tidak kena khususnya dalam pasukan keselamatan negara dan ia boleh diperbaiki.

"Kalau ada kelemahan, kita tanya di manakah kelemahannya, kurang latihan, kurang displin, pengawasan atau sebagainya," katanya.

Justeru, beliau menegaskan, pertikaian mengenai kenyataan PAS tidak harus diperbesarkan kerana ia merupakan kenyataan politik yang harus ditangani secara politik dan bukan dengan undang-undang.

Pengamal Undang-Undang, Zulkarnain berkata, kenyataan PAS yang mendakwa peristiwa rompakan senjata di Sauk hanya disifatkan sebagai komen dan sesiapa sahaja boleh berbuat demikian.

Katanya, kenyataan itu tidak merujuk kepada kritikan terhadap keputusan mahkamah dan ia tidak wajar dianggap sebagai menghina mahkamah.

Seorang peguam yang enggan namanya disiarkan memberitahu, kenyataan PAS berkaitan isu berkenaan tidak mempertikaikan keputusan mahkamah, sebaliknya timbul apabila PAS enggan memohon maaf dengan pendiriannya mengenai peristiwa di Sauk.

"Saya rasa ia mungkin disalah laporkan oleh akhbar harian apabila PAS enggan memohon maaf apabila diminta oleh Menteri Pertahanan, Dato' Najib Tun Razak kononnya peristiwa di Sauk sebagai sandiwara," katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya, mungkin apa yang dipersoalkan oleh PAS sebagai sandiwara itu ialah bagaimana perkara itu (rompakan bersenjata) boleh berlaku.

"Ini bukan bermakna apabila kita sebut sandiwara, menunjukkan kita menafikan sesuatu yang telah berlaku itu seperti pembunuhan anggota tentera atau sebagainya tidak berlaku. PAS tidak pernah mempertikaikan keputusan itu tetapi persoalan PAS sama ada kejadiaan rompakan bersenjata itu dirancang atau ada pihak yang cuba mendalangi di sebaliknya kejadian itu," katanya.

Justeru, katanya jika pihak berkuasa hendak mengambil tindakan ke atas PAS, ia harus dibuat secara adil dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com