UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sikap kontroversi Siva mengenai calon pilihanraya kecil Indera Kayangan

Oleh Zaid Hashim

KUALA LUMPUR, 11 Januari (Hrkh) - Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Perkhidmatan Perguruan (NUTP), Dato' N. Siva Subramaniam, semalam enggan mengulas lanjut berhubung pendirian kesatuan itu sama ada akan turut memberi sokongan kepada calon Parti KeADILan, Khoo Yang Chong, dalam pilihan raya kecil DUN Indera Kayangan pada 19 Jan depan.

Siva, ketika dihubungi sebelum ini, berjanji akan memberikan keputusan mesyuarat berhubung sikap NUTP terhadap pencalonan Khoo, 60, yang merupakan bekas guru, hari ini (10 Jan).

Dalam kenyataannya sebelum ini, Siva menyatakan sokongan NUTP kepada calon Barisan Nasional, Oui Ah Lan, 59, dalam pilihan raya berkenaan atas dasar beliau merupakan seorang bekas guru.

Siva, sebelum ini juga dilaporkan berkata, berdasarkan prinsip kesatuan, jika ada ahlinya yang bertanding dalam pilihan raya, maka NUTP akan memberi sokongan.

Seorang guru, yang tidak mahu dikenali berkata, NUTP sepatutnya menyokong kedua-dua calon memandangkan mereka adalah bekas guru, sekurang-kurangnya bagi menaikkan imej perkhidmatan perguruan.

Beliau, yang mengajar di sebuah sekolah di Rawang seterusnya berkata, selain daripada itu, NUTP boleh juga bersikap berkecuali dan tidak menyokong mana-mana pihak dalam pilihan raya bagi menghindari salah faham.

Pendapat beliau disokong penuh oleh seorang guru yang hanya mahu dikenali sebagai Cikgu Mad yang mengajar di salah sebuah sekolah di Bandar Baru Selayang.

Menurut seorang bekas pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa, NUTP sebagai badan yang mewakili para pendidik tidak sepatutnya mendedahkan dirinya kepada prejudis masyarakat lebih-lebih lagi golongan guru dengan melibatkan diri dalam kontroversi politik.

Ini, katanya, adalah disebabkan senario politik tanahair tidak mengizinkan hal ini daripada berlaku.

Beliau, yang dihubungi oleh Harakahdaily hari ini, seterusnya berharap NUTP akan lebih cermat dan berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh memakan diri sendiri pada masa-masa akan datang.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com