UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Syarif telah dipecat sebelum sertai Umno

KANGAR, 14 Jan (Hrkh) - Pengarah Pilihan Raya KeADILan di Indera Kayangan, Major 9B) Syarif Abdul Razak telah dipecat oleh KeADILan sebelum bertindak menyertai Umno.

Penyertaan Syarif kedalam Umno tidak mengejutkan parti itu malahan sudah dijangka awal-awal lagi, kata Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dalam satu kenyataan beliau kepada wartawan.

"Sikap dan tindak tanduk Syarif sangat mencurigakan pada hari penamaan calon," ujar Azmin

Menurut Azmin, Biro Pilihanraya Pusat telah bertindak pantas dan tegas melucutkan perlantikan Syarif sebagai pengarah pilihanraya Indera Kayangan apabila tindakan tidak bertanggung jawab beliau cuba untuk mensabotaj kertas penamaan calon.

"Bagimanapun usaha jahat beliau itu berjaya dipatahkan," kata Azmin.

Namun begitu, kata Azmin, beliau amat memahami masalah peribadi yang dihadapi oleh Syarif yang sentiasa diburu, ditekan dan diugut bertubi-tubi sehingga terpaksa tunduk kepada habuan yang dijanjikan oleh Barisan Nasional.

"Anih hanyalah sebahagian daripada tektik lapok yang sering digunakan oleh BN dan permulaan siri program terancang tektik kotor mereka.

"Menurut maklumat yang kita dapat masih banyak lagi cara yang akan digunakan oleh BN termasuk sogokan wang dan agihan beras serta mengupah pemuda-pemuda memakai T-shirt Osama Ben Laden untuk menakut-nakutkan pengundi Cina,"kata Azmin.

Sementara itu Jentera Pilihanraya Barisan Alternatif (BA) tidak akan terjejas dengan masalah tersebut malahan akan terus memantapkan lagi kerjasama antara rakan-rakan BA.

Tambah Azmin juga, BA akan menjalinkan kerjasama yang berkesan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuaan masyarakat Cina untuk menyusun strategi yang lebih berkesan bagi menjamin kemenangan dalam pilihanraya.

Selain itu beliau turut menafikan 60 orang ahli KeADILan turut sama menyertai Umno bersama Syarif dan menganggap berita itu hanyalah propaganda BN.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com