UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Minta maaf : Bukti PAS tiada hubungan dengan gerakan militan

Oleh Nur Abd Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Hrkh) - Kenyataan memohon maaf sebuah agensi berita antarabangsa yang mendakwa PAS mempunyai hubungan politik dengan pertubuhan Al-Qaeda dalam sebuah artikel terbitannya, jelas membuktikan PAS tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan gerakan berkenaan.

Ini amat berbeza dengan sikap dan laporan meluas media kerajaan di negara ini yang terus menerus cuba mengaitkan PAS dengan gerakan militan dan terlibat dengan aktiviti pengganas.

Setiausaha Agung parti itu, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, PAS menerima permohonan maaf daripada kedua-dua pihak iaitu Jane's Intelligence Review dan News Straits Times Singapore (NST) yang telah menyiarkan artikel tersebut.

"Permohonan maaf itu seharusnya menjadi asas kepada pihak-pihak tertentu di negara ini supaya tidak lagi mengaitkan PAS dengan gerakan militan, sama ada di dalam atau luar negara," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 4 Januari lepas, akhbar NST Singapore telah menyiarkan sebuah artikel yang ditulis oleh Dr Rohan Gunaratna bertajuk, "Al-Qaeda: The Asian Connection."

Di dalam laporan tersebut, penulis mendakwa kononnya PAS mempunyai hubungan politik dengan pertubuhan Al-Qaeda.

Bagaimanapun, pada 9 Jan, PAS, melalui Setiausaha Agungnya, menggesa akhbar dan penulis berkenaan memohon maaf kerana tuduhan yang tidak berasas itu.

PAS, katanya, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua pihak berkenaan sekiranya ia tidak membuat berbuat demikian dalam tempoh seminggu selepas kenyataan beliau dikeluarkan.

Justeru, semalam, kedua-dua pihak berkenaan telah menyiarkan pemohonan maaf kepada parti itu berhubung tulisan yang mengaitkan PAS dengan gerakan Al-Qaeda.

Editor Jane's Intelligence Review, Chris Aaron, dalam kenyataan memohon maafnya yang disiarkan di dalam NST Singapore antara lain berkata,

"Jane's Intelligence Review now understands that these allegations are incorrect and are happy to fully retract them at the first opportunity'.

"The publication, and The Straits Times, would also like to apologise to PAS for publishing these incorrect allegations".

(Jane's Intelligence Review sekarang memahami bahawa tuduhan-tuduhan ini adalah tidak benar dan kami bersedia menarik balik tuduhan tersebut.

"Penerbitan ini dan The Straits Times Singapura, juga ingin memohon maaf kepada PAS kerana menerbitkan tuduhan-tuduhan yang tidak benar ini.)

Sementara itu, Nasharudin menambah, PAS menghormati proses demokrasi di Malaysia dan perubahan yang ingin dilakukan melalui proses tersebut.

"Kami turut meminta pihak-pihak tertentu di negara ini supaya menghentikan segala tuduhan terhadap PAS, kononnya ia mempunyai hubungan dengan pertubuhan Al-Qaeda," katanya yang juga Ahli Parlimen Yan.

Beliau juga menggesa media massa di Malaysia supaya bersifat lebih adil dan profesional dalam melaporkan berita mengenai PAS.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 15 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com