UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Shahidan, jawab tuduhan dalam internet - Zahid

KANGAR,15 Jan (Hrkh) - Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan diminta menjawab tuduhan terhadap beliau yang disiarkan melalui internet, kata Niab Ketua Pemuda KeADILan Malaysia, Zahid Md Arif.

"Kalau BA menang kita akan pastikan wakil kita mengemukakan soalan supaya Shahidan menjawab semua tudahan yang dilemparkan kepada beliau itu," kata Zahid.

Dalam Internet melalui laman http://marhaen.internations.net/ seorang yang menggunakan nama Sorayanii mendakwa berkhidmat sebagai pegawai kerajaan yang masih bekerja termasuk dibawah Shahidan mendedahkan kisah-kisah benar Shahidan Kassim.

Beliau membuat pelbagai tuduhan kepada Menteri Besar Perlis itu termasuk skandal dengan beberapa orang artis dan gadis bawah umur.

Zahid mencabar Shahidan menjawab perkara itu ketika menyampaikan ceramahnya di sekitar kawasan Pilihanraya Indera Kayangan.

Sebelum ini beliau pernah menjadi sasaran Menteri Besar itu kerana didakwa cuba mengaitkan kematian anaknya untuk kempen pilihanraya.

Isu tersebut menjadi besar dan bahan serangan media terhadap BA serta turut mendapat perhatian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri untuk turut sama mengulas isu demikian.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com