UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BN lupa jentera PAS - Hashim Jasin

Oleh : Helmi Khalid

KANGAR, 15 Jan (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Perlis Ustaz Haji Hashim Jasin mengingatkan BN Perlis bahawa sekalipun beberapa ahli KeADILan berjaya diheret masuk ke dalam Umno,namun kekuatan jentera PAS Perlis tidak harus dipandang remeh.

Katanya, operasi pilihanraya Barisan Alternatif (BA) tidak akan terjejas sama sekali sekalipun tindakan keluar parti telah dibuat, kerana PAS telah menggerakkan jenteranya dari seluruh negara bagi membantu jentera pilihan raya KeADILan bagi N. 8 Indera Kayangan sejak awal lagi.

"Jika BN merasakan kemasukan beberapa ahli KeADILan ke dalam Umno boleh melumpuhkan jentera kita, sangkaan mereka itu amat meleset," tegas Ustaz Hashim yang juga Adun Sanglang.

Menurutnya lagi, PAS berpegang teguh dengan semangat setia kawan dalam BA, oleh itu PAS berkewajipan membantu bagi memenangkan calon BA walaupun calon dari kalangan bukan Islam.

Ustaz Hashim berkata, jaminan ini diberikan kepada calon KeADILan, Cikgu Khoo Yang Chong dalam pertemuannya dengan jentera pilihanraya PAS malam tadi, jaminan yang sama diberikan kepada pimpinan KeADILan Pusat.

"Bagi PAS, fokus utama kita ialah untuk mengalahkan BN dalam pilihan raya kecil ini, kemenangan BA sekurang0kurangnya dapat menyedarkan pimpinan BN bahawa tindak tanduk mereka selama ini dibenci oleh rakyat," tegasnya lagi.

"Saya yakin, semangat petugas-petugas pilihanraya dari kalangan parti komponen BA sedikitpun tidak terjejas akibat penyertaan segelintir pimpinan KeADILan ke dalam Umno, malah makin bertambah kukuh dalam usaha untuk menumbangkan BN."

"Saya menyeru kepada semua pengundi supaya keluar mengundi memilih calon KeADILan yang mewakili BA, kemenangan BA memberi erti yang cukup besar kepada rakyat khususnya pengundi-pengundi di Dun N.8 Indera Kayangan," ujar Ustaz Hasim lagi.

Gagak hitam mengganas

Sementara itu, insiden sekumpulan sekurang-kurangnya 40 orang 'gagak hitam' Umno bertindak ganas dengan menyoyak poster seterusnya memukul petugas BA yang sedang memasang poster dianggap ganas dan memenuhi kehendak pimpinan BN.

"Ketika sebelum kempen pilihanraya, Shahidan Kassim mengingatkan BA agar jangan bertindak kasar ketika berkempen, namun apa yang berlaku semalam adalah sebaliknya dan itulah gambaran sebenar atau taktik yang diamalkan BN," tegas Pengarah bersama Penerangan PAS Pilihan raya Kecil Indera Kayangan, Hairy Hashim.

Katanya lagi, kumpulan itu seolah ada kuasa yang melindungi mereka hingga menyebabkan mereka berani bertindak ganas.

Mangsa yang dipukul berasal dari Kuala Lumpur menceritakan kumpulan pemuda BN itu menghampiri mereka yang sedang menampal poster BA dan terus mengoyak tampal yang talah tertampal.

"Apabila saya menegur mereka, salah seorang dari mereka berkata, kami pemuda Umno, apa awak buat buat pada kami, lalu pemuda itu terus menelefon rakannya dan datanglah hampir 40 orang pemuda Umno dan terus melakukan beberapa tindakan yang cukup ganas," ceritanya.

Kedua-dua belah pihak telah membuat laporan polis di Balai Polis Kangar, namun apa yang mendukacitakan pemuda Umno dalam laporannya mendakwa petugas BA menaiki kereta dengan laju seolah mahu melanggar mereka yang berada di tepi jalan, oleh itu mereka mempertahankan diri.

Pengarah pilihanraya kecil bagi pihak PAS, Cikgu Mustaffa Long menganggap ini bukanlah satu perkara baru dalam senario pilihanraya, Umno memang begitu, bila mereka tersepit, mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk hingga mengorbankan nyawa seperti apa yang berlaku di Lubok Merbau, Kedah.

Sehubungan itu beliau mengingatkan bahawa petugas BA haruslah lebih berhati-hati dalam menjalankan tugas mereka, dan BA sama sekali tidak pernah menganjurkan kekerasan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com