UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Major Shariff menghilangkan diri?

KANGAR, 17 Jan (Hrkh) - Bekas Ketua KeADILan Kangar yang menyertai Umno bersama beberapa pengikut 11 Januari lalu didapati menghilangkan diri dari Kangar sejak beberapa hari lalu.

Mejor (B) Mohd Shariff Abd Razak dikatakan mengambil keputusan untuk bercuti dan berehat dari membantu berkempen untuk calon BN dalam pilihan raya kecil Indera Kayangan.

Shariff dikatakan memberi alasan tekanan yang dihadapi menyebabkan beliau terpaksa berehat untuk menenangkan fikiran.

Bagaimana pun pemerhati-pemerhati politik melihat keputusan Sharif ini terpaksa dilakukan kerana beliau merupakan beban kepada BN.

Seorang pemerhati politik berkata, "Langkah Shariff menyertai Umno membangkitkan simpati orang ramai kepada KeADILan memandangkan Umno bukanlah sebuah parti yang popular. Oleh itu, Shariff diarahkan menghilang kerana kehadiran dalam kempen-kempen BN merugikan parti itu."

Pendapat ini disokong oleh ahli Dewan Undangan Negeri Lunas, Saifudin Nasution.

"Biasanya sesaorang yang melompat ke parti lawan terutamanya menjelang pilihanraya akan dipergunakan oleh parti tersebut semaksima mungkin. Tetapi anehnya Shariff diarahkan berehat pula," kata Saifudin.

Sementara iru seorang penyokong KeADILan yang ditemui menyifatkan ‘musibah’ yang dihadapi oleh Shariff sebagai satu pengajaran kepada semua.

"Ia merupakan peringatan kepada semua bahawa tidak mudah membelot terutama meninggalkan perjuangan reformasi untuk menyertai parti yang dibenci rakyat," kata Puan Rokiah Ahmad dari Bangi yang berkampung di Kangar sejak bermula kempen. -ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com