UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




10 agenda manifesto calon KeADILan

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Sepuluh agenda utama digariskan oleh parti KeADILan untuk pilihan raya di Dun Indera Kayangan pada 19 Januari ini.

Parti KeADILan yang meletakkan Khoo Yang Choong sebagai calonnya mengutamakan 'perkhidmatan mendahului segalanya'.

10 agenda tersebut adalah sebagai berikut:

1. Memperjuangkan hak pendidikan bahasa ibunda, menolong untuk menyelesaikan masalah kesuntukan bilik darjah dan kelengkapan sekolah, mengusahakan peruntukan wang untuk membina bangunan tambahan dan menambah keperluan asas sekolah.

2. Mengambil berat perkembangan ekonomi Kangar, mendesak kerajaan negeri menarik balik projek Kota Perdana kerana ia membantutkan perkembangan ekonomi di Kangar. Menyeru kerajaan negeri untuk menggantikan projek ini dengan satu projek yang betul-betul menguntungkan seluruh rakyat Kangar sebagai pampasan dan menjamin perkembangan ekonomi pada masa hadapan.

3. Memperbaiki perancangan lalulintas Bandar Kangar, meminta kerajaan negeri memasang lampu isyarat di simpang-simpang jalan utama di Kangar, dan juga membina pondok menunggu kereta di Sekolah Rendah Khoon Aik dan Sekolah Menengah Perlis.

4. Mengawasi pengurusan kewangan kerajaan negeri, memastikan bahawa perkara seperti pembinaan. Dataran Kangar yang memakan kos sebangak 500 ribu, defesit Majlis Perbandaran Kangar sejumlah RM4.8 juta serta perlaksanaan lain-lain projek yang membazirkan wang rakyat tidak diulangi.

5. Mengambil berat tentang rezeki harian para penjaja, antaranya termasuk menyediakan tempat menjaja yang cukup lagi strategik untuk penjaja.

6. Menyeru kerajaan negeri mengekalkan dan melindungi artifak-artifak serta manuskrip-manuskrip sejarah dalam bandar, terutamanya Tokong Paul Aun yang bersejarah 114 tahun.

7. Menjaga hak asasi warga wanita, mengawasi supaya kerajaan negeri melaksanakan program kesedaran kesihatan untuk warga wanita, supaya mereka menyedari kepentingan menjaga kesihatan serta cara untuk mendapatkan lindungan kesihatan.

8. Membina satu masyarakat kesamarataan jantina, menyeru supaya kedua-dua lelaki dan wanita mempunyai kedudukan setaraf dalam masyarakat, memainkan peranan yang sama penting dalam aspek pekerjaan dan juga rumahtangga, serta menghapuskan polisi yang tidak adil terhadap kaum wanita.

9. Mengawasi kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kangar melaksanakan dan menyempurnakan perancangan infrastruktur di dalam serta di luar bandar. Contohnya bekalan air, elektrik, hospital, sekolah serta kemudahan-kemudahan awam yang lain. Memastikan supaya perancangan bandar bandar adalah realistik dan tidak berlakunya lagi perkara seperti pembinaan logi najis di tengah kawasan perniagaan dan di depan premis yang sedang dipakai, yang pada dasarnya tidak menjaga kebersihan dan tidak sepadan dengan imej bandar Kangar yang bersih.

10. Mengusahakan pembangunan ekonomi yang proaktif, mendesak kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang secukupnya, terutamanya peluang pekerjaan yang menarik hati para remaja supaya terus tinggal di Kangar, mengurangkan perkhidmatan golongan pemuda keluar dari Kangar.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com