UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Jangan umpan pengundi dengan peruntukan tanah 2.4 juta

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Hrkh) - Pemimpin Barisan Nasional (BN) diberi amaran supaya tidak mengumpan para pengundi di Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan dengan meluluskan peruntukan tanah bernilai RM2.4 juta.

Calon KeADILan, Cikgu Khoo Yang Choong berkata, BN tidak harus bercakap besar semata-mata mahu mengaut undi sebaliknya hanya tinggal janji kosong jika memenangi pilihan raya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Menteri Besar Perlis, Tan Sri Shahidan Kassim berhubung kelulusan permohonan peruntukan tanah kepada Persatuan Budha oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejumlah 2.4 juta ringgit.

Menurut beliau, kerajaan pimpinan BN tidak perlu mengheboh-hebohkan peruntukan wang semasa pilihan raya, kerana sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membangun negeri berdasarkan peruntukan yang diberikan.

"Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan kerajaan BN telah kian lama bertapak di Kangar, tapi pembangunan Bandar Kangar tetap diabaikan," katanya.

Tambah beliau, tindakan BN dengan memberi "bonus" dengan tiba-tiba mungkin disebabkan mereka menghadapi saingan hebat dengan para penyokong pembangkang.

"Rakyat telah hilang keyakinan kepada BN, maka BN terpaksa untuk mengambil langkah sedemikian demi mengaut undi," ujarnya.

Katanya, BN hanya akan mengambil berat tentang kepentingan rakyat apabila mereka merasai tekanan daripada rakyat.

Sebagai contoh, kata beliau, dalam pilihan raya umum 1999 dan pilihan raya kecil Lunas dua tahun lepas terdapat perbezaan yang ketara.

"BN menang besar dengan majoriti banyak pada tahun 1999, tetapi kerajaan BN bukan sahaja tidak melaksanakan janjinya membina sekolah rendah cina, malah menuduh Jawatankuasa Suqui sebagai komunis dan ektremis.

"Dalam pilihan raya kecil Lunas, BN telah kehilangan kubu kuat mereka," katanya.

Justeru, beliau menyeru para pengundi memberi peluang kepada parti pembangkang demi pembangunan Bandar Kangar, kerana hanya di bawah pengawasan mereka rakyat akan dapat merasai lebih keuntungan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com