UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tangguh kes Anwar kerana bimbang kesan kepada Indera Kayangan - Peguam

KANGAR, 17 Jan (Hrkh)- Sebab utama rayuan Dato' Sri Anwar Ibrahim terpaksa ditangguhkan pada 14 januari lepas kepada tarikh yang lain kerana bimbang pembohongan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato' Sri Dr Mahathir akan terbongkar sebelum berlakunya pilihan raya kecil Indera Kayangan, kata Zulkifli Nordin, salah seorang Peguam Anwar.

Menurut Zulkifli, Dr. Mahatir mengumumkan kepada rakyat keadaan kesihatan Anwar Ibrahim dalam penjara sangat baik kerana beliau mendapat layanan yang baik serta mendapat rawatan daripada doktor pakar.

Tetapi ujar beliau, setelah beliau berjumpa dengan Anwar di Penjara Sungai Buluh, didapati Anwar sudah hampir lumpuh kerana tidak dapat berjalan lagi.

"Dr Mahathir telah melakukan pembohongan tentang keadaan sebenar Anwar. Anwar terpaksa ditolak dengan kerusi roda untuk bergerak, sementara untuk bersembahyang beliau terpaksa dibantu oleh warden penjara dengan dipapah ketempat sembahyang," kata Zulkifli.

Malahan, tambahnya, Anwar juga terpaksa tidur dengan diletakkan besi seberat 16 kilogram sebagai satu terapi untuk membetulkan keretakan tukang belakang yang dihadapinya.

"Kerana bimbang pembohomgan itu diketahui rakyat dan boleh memberi kesan buruk kepada BN dalam pilihan raya ini jika rakyat melihat keadaan sebenar Anwar apabila beliau dibawa ke mahkamah, sebab itu rayuan beliau telah ditunda pada tarikh yang lain," dakwa Zulkifli.

Kes rayuan ke Mahkamah Persekutuan Dato' Sri Anwar sebelum ini telah beberapa kali ditangguhkan.

Yang terbaru, Peguam Negara, Dato' Abdul Ghani Patail telah memohon penangguhan dengan alasan beliau baru dilantik sebagai Peguam Negara dan belum bersedia untuk menghadapi kes itu.

Ekoran itu, Anwar sangat marah dan membuat protes dengan berpuasa dengan cara tidak mengambil makanan penjara melainkan waktu berbuka sahaja.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com