UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Saya sudah muak dengan Umno - Anuar Tahir

KANGAR,16 Jan (Hrkh) - Dakwaan kononnya bekas Pengerusi KeADILan Perlis yang juga bekas Setiausaha Agung KeADILan, Anuar Tahir turut meninggalkan parti itu untuk memasuki Umno terbukti satu pembohongan.

Anuar yang hadir di beberapa tempat ceramah BA malam tadi, turut memberikan ucapan menafikan dakwaan tersebut di hadapan beribu-ribu penyokong BA.

"Saya sudah merasa bagaimana peritnya berkerja di bawah kepimpinan Umno kerana saya pernah berkhidmat dalam selama enam tahun dalam Biro Agama Umno.

"Saya cukup menderita dengan karenah-karenah pemimpin Umno yang memang tidak mahu membuat perubahan dan tak mungkin saya akan kembali semula kepada Umno," tegas beliau.

Namun begitu, beliau tidak menafikan ada tawaran kepada beliau jika meninggalkan parti KeADILan dalam masa tempoh sebelum pilihan raya kecil Indera Kayangan tetapi beliau menolak.

Usaha untuk membeli beberapa pimpinan dan ahli-ahli KeADILan peringkat negeri supaya meninggalkan parti sedang giat dilakukan di Perlis untuk mendapatkan kemenangan pada pilihan raya kecil Indera Kayangan serta melemahkan jentera petugas-petugas BA.

Beberapa hari lepas, hanya sembilan orang ahli KeADILan disahkan meninggalkan parti manakala beratus-ratus lagi yang didakwa di dalam media oleh Menteri Besar, Shahidan Kasim hanyalah pembohongan.

Shahidan Kasim sehingga kini gagal mengemukakan nama-nama penyokong KeADILan yang meninggalkan perti seperti mana yang dicabar oleh Timbalan Ketua Pemuda KeADILan, Saifuddin Nasution.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com