UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Polis kepong ceramah pemimpin BA

KANGAR, 18 Jan (Hrkh) - Anggota-anggota polis termasuk Pasukan Gerak AM (PGA) mengepung bilik gerakan utama Barisan Alternantif malam tadi dan tidak membenarkan ceramah diadakan.

Tidak kurang dari 60 anggota PGA telah membuat sekatan jalan raya di tiga laluan dan tidak membenarkan orang ramai menghampiri bilik gerakan BA yang terletak di Jalan Seruling itu.

Ceramah yang bakal diberikan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi Barisan Alternatif tersebut kemudiannya terpaksa dipindahkan ke Pengkalan Asam, tidak jauh dari situ pada saat-saat akhir.

Lebih 3000 orang menghadiri ceramah oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Aziz Nik Mat, Presiden KeADILan, Datin Seri wan Azizah Ismail, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Timbalan Ketua Pemuda parti itu, Saifuddin Nasution Ismail.

Pihak polis memberi alasan pembatalan ceramah tersebut ialah kerana ia ‘menggangu lalu lintas’.

Bagaimana pun sumber-sumber tempatan menyatakan sebab sebenar ceramah tersebut dihalang ialah kerana dikhuatiri menenggelamkan ceramah BN oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang diadakan di Jalan Bukit Ragi, kira-kira satu kilometer dari situ. -ER






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com