UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kehadiran persatuan sekolah Cina tingkatkan sokongan untuk BA

KANGAR 18 Jan (Hrkh) - Kehadiran wakil-wakil Persatuan Guru-guru Sekolah China membantu kempen calon KeADILan di Indera kayangan memberi peluang yang lebih cerah untuk parti itu menang dalam pilihan raya esok.

Dalam satu ceramah yang disampaikan oleh mereka, di Bilik Gerakan KeADILan Pengkalan Asam, ia telah mendapat sambutan yang hebat dari masyarakat China apabila sebahagian besar daripada hadirin yang hadir dari kalangan masyarakat itu.

Dalam ceramah itu, mereka meminta supaya masyarakat Cina Perlis menolak Barisan Nasional dalam pilihan raya kerana tidak menjaga kebajikan rakyat serta isu sekolah Wawasan.

Turut hadir adalah wakil dari Dewan Perhimpunan China Selangor yang turut menceritakan tindakan polis FRU yang menghalang satu forum mengenai sekolah Wawasan yang diadakan pada 16 Januari lepas.

Selain itu turut memberikan ucapan termasuklah Setiausaha Save our School (SOS), Tommy Wong, Naib Pengerusi Diong Xiao Zhong (Guru-guru Sekolah China) Cikgu Look Ting Yee, Pengerusi Sekolah-sekolah Cina Pahang, Ding Nyut kang dan Ahli Lembaga Pengarah Sekolah Cina Selangor, Lee Cheng Lau.

Ceramah yang disampaikan dalam bahasa Cina itu dipindahkan lokasinya ke Pengkalan Asam apabila lokasi awalnya di Bilik Gerakan KeADILan Kangar Jalan Seruling tidak dibenarkan oleh pihak Polis.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com