UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PM perlu buktikan Pasti menghasut kanak-kanak- Mursyidul Am

PASIR MAS, 22 Jan (Hrkh) - Kerajaan Barisan Nasional (BN) perlu membuktikan kelas mendidik kanak-kanak anjuran PAS kononnya mengajar dan menghasut supaya membenci pemimpin kerajaan.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mereka boleh melihat sendiri kurikulum yang diajar di kelas-kelas Pasti anjuran PAS.

"Mereka perlu buktikan di mana, sehingga menuduh kanak-kanak di kelas Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (Pasti) membenci pemimpin kerajaan.

"Apa yang dicakap pemimpin kerajaan BN tidak lebih sebagai satu usaha untuk mengalabui mata masyarakat, seperti biasalah perkara itu dilakukannya," kata beliau selepas menyampaikan bantuan kepada Madrasah Al Rahmaniah Ad Diniah, Pondok Lubuk Tapah dekat sini yang terbakar 1 Syawal lalu.

Sumbangan daripada Badan Perhubungan PAS Kelantan yang berjumlah RM5,000 itu disampaikan kepada mudirnya, Tuan Guru Haji Abdullah Abdul Rahman di sini, 22 Januari.

Akhbar bertarikh 22 Januari melaporkan, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad dipetik sebagai berkata, kajian untuk menggubal undang-undang bagi memberi kuasa kepada kerajaan menutup mana-mana tadika yang didapati menyeleweng daripada kurikulum asal akan dilakukan.

Menurut Presiden Umno itu, kelas anjuran pihak tertentu mendapat sambutan kerana orang ramai menjangka ajaran Islam diajar.

Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kelas pendidikan pra persekolahan perlu diwujudkan bagi memberi pendidikan Islam kepada anak-anak.

"Kita boleh fikirkan seandainya Umno tidak mampu membentuk kerajaan di peringkat Pusat sebagaimana sekarang, dia juga akan mewujudkan tadika di atas nama Umno.

"Bagaimanapun disebabkan kita masih tidak ada kerajaan di peringkat Pusat, maka kita buat cara kita.

"Kita gempurkan pemikiran masyarakat supaya mereka mewujudkan kelas-kelas Pasti supaya kanak-kanak yang kecil lagi sudah tahu mengenai Islam," katanya.

Menurut beliau, Nabi Muhamad saw bersabda, bahawa nasib putih hitam (kehidupan) manusia bergantung kepada ibu bapa mereka sendiri.

"Anak-anak semasa dilahir dalam keadaan bersih, tetapi yang mencorakkan mereka menjadi perangai seperti Yahudi atau nasrani ialah ibu bapa," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang pejuang Islam, kerjanya ialah menyebarkan Islam.

"Itu kerja kita, walau bagaimana cara pun. Sewaktu saya di Mesir dahulu, budak yang lebih kecil belajar di kelas yang dikenali sebagai (Raidatul Atfa), sebagaimana yang kita buat sekarang. Yang dia hendak tuduh itu, kerja dia," tambahnya.

Beliau berkata, disebabkan ibu bapa sekarang banyak kerja, maka PAS mewujudkan sekolah untuk mendidik anak-anak supaya mereka apabila besar nanti tidak berperangai seperti Yahudi dan Nasrani.

Sehubungan itu, beliau berkata, apa yang mahu dilakukan pemimpin kerajaan BN adalah tindakan bermotifkan politik.

Bagaimanapun beliau berkata, sepatutnya kerajaan Malaysia berterima kasih kepada pihak yang mewujudkan kelas pendidikan untuk anak-anak.

"Ia secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan yang terpaksa ditanggung kerajaan.

"Sepatutnya Umno dan kerajaan Malaysia berterima kasih di atas segala inisiatif PAS mewujudkan kelas pendidikan untuk anak-anak."

"Kita ajar mereka menulis, membaca dan baca al Quran, berdoa, kenal Allah sejak kecil lagi. Apa lagi yang menjadi masalah," tambahnya.

Oleh itu, beliau mahu kerajaan BN buktikan di mana tidak kena terhadap pendidikan kelas Pasti kelolaan PAS.

"Sekiranya betul ada guru menghasut dan membenci orang lain, kita pun tidak setuju, kita sedia ketepikan guru macam itu," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com