UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Indera Kayangan: BA hanya susut 164 undi

KOTA BHARU, 23 Jan (Hrkh) - Kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Indera Kayangan 19 Januari lalu, masih tidak mampu menjadi kayu pengukur bahawa rakyat telah kembali menyokong BN.

Ini memandangkan kaedah samseng dan politik kotor digunakan BN secara berleluasa oleh petugas BN tanpa halangan sepenuhnya daripada pihak berkuasa keselamatan.

Malah ada pendapat yang mengatakan pilihan raya Indera Kayangan adalah seumpama 'padang' perlawanan bola sepak yang tidak berada pada aras sepatutnya, dengan BN berada aras yang lebih tinggi sementara pembangkang berada di aras yang lebih rendah.

Pengarah Jentera Pilihan raya PAS Kelantan, Haji Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, pembangkang yang diwakili KeADILan berada di aras yang rendah mudah dibolosi gol, sedangkan BN berada di aras lebih tinggi yang menyukarkan pembangkang menjaringkan gol.

Selain itu, katanya, banyak elemen-elemen yang berunsur keganasan berlaku sehingga melahirkan suasana takut di kalangan pengundi.

"Biarpun kemenangan itu berpihak kepada BN, namun dari segi ukuran jumlah undi yang diperolehi pembangkang hanya merosot 164 sahaja atau 4.33 peratus berbanding pilihan raya umum 1999," katanya.

"Ini belum cukup untuk mengatakan BN sudah mendapat sokongan rakyat berdasarkan situasi yang berlaku di Indera Kayangan," katanya pada ceramah penerangan dasar-dasar kerajaan di Dewan Zulkefli Mohamad, baru-baru ini.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kuala Kedah, Haji Mohamd Sabu.

Pada pilihan raya kecil itu, calon KeADILan, Khoo Yang Chong tewas kepada calon MCA, Oui Ah Lan dengan majoriti 2,592 undi.

Khoo, 60, mendapat 1,687 undi dan lawannya Oui, 59, memperolehi 4,279 undi.

Pada pilihan raya umum 1999, calon Barisan Alternatif (BA), Ko Choo Liang mendapat 1,851 undi, manakala calon BN, Dato' Khor Liang Tee, 3,825 undi.

Abdul Rahim berkata, calon BN mendapat sokongan padu daripada undi pos, di mana 700 berpihak kepada BN dan hanya 22 memilih calon BA. Sedangkan pada pilihan raya umum 1999, calon BA memperoleh 115 undi, manakala calon BN mendapat 416 undi.

"Saya difahamkan undi pasukan keselamatan lebih banyak berpihak kepada BN disebabkan Menteri Dalam Negeri sendiri berada di Indera Kayangan sepanjang pengundian dijalankan.

"Ini sudah tentu menyebabkan pengundi pos tidak dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan bebas," katanya.

Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, undi yang diperolehi BN lebih banyak bergantung kepada undi pasukan keselamatan dan penduduk Melayu yang sudah dipengaruhi lebih awal.

Namun, katanya, BN gagal untuk mengambil hati pengundi Cina, di mana berlaku peningkatan secara mendadak undi pembangkang daripada kaum berkenaan.

Menurutnya, apa yang berlaku itu sudah cukup untuk menggambarkan BA sudah berjaya menambat hati pengundi Cina yang tidak mengundi pembangkang pada pilihan raya umum 1999.

Kata beliau, sekiranya keadaan itu berterusan pada pilihan raya umum akan datang, peluang BA untuk melebarkan pengaruh di Perlis semakin kukuh.

"Undi orang Melayu boleh beralih pada bila-bila masa sahaja memandangkan ketika berlangsung pilihan raya umum, jentera BN tidak mampu untuk menumpu perhatian sepenuhnya di satu-satu tempat sahaja.

"Pada pilihan raya kecil BN boleh lakukan apa sahaja kerana semua petugas tertumpu di satu kawasan," ujarnya.

Beliau juga berkata, BN sekarang sudah mencuba menggunakan pendekatan kekerasan bagi menghadapi pilihan raya pada masa akan datang.

Sementara itu, Mohamad Sabu juga berkata, sudah terdapat tanda-tanda Umno dan BN akan menggunakan pendekatan kekerasan bagi menghadapi pilihan raya ke-11 nanti.

Katanya, usaha yang dilakukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad Mohd Taib, membawa rombongan pesilat ke Indera Kayangan menggambarkan Selangor akan menggunakan kaedah kekerasan bagi mempertahankan negeri tersebut pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, BN kemungkinan tidak berasa selesa untuk mempertahankan negeri tersebut dengan menggunakan keadah biasa, memandangkan kekuatan pembangkang semakin menyerlah di negeri berkenaan.

"Kejadian samseng yang berlaku secara berleluasa di Indera Kayangan sudah menggambarkan tanda-tanda awal bahawa BN akan kembali menggunakan pendekatan kekerasan bagi menghadapi pihak lawan," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com