UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pasti: Kenyataan PM selaras dengan desakan Amerika

KUALA TERENGGANU, 24 Jan (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berpendapat kenyataan Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad berhubung dengan isu larangan PAS mengendalikan Pasti selaras dengan desakan Amerika.

Ini, katanya kerana Amerika yang menjadi kuasa dunia menuduh secara melulu bahawa Islam itu ganas.

"Saya harap PM tidak takut dan gentar dengan ugutan-ugutan Amerika dan kita tak mahu pemimpin kita terpengaruh dengan kuasa-kuasa besar dan mudah-mudahan jika kita tunjukkan sikap yang betul, sikap yang baik, kita dipelihara dan kita tidak mahu rakyat dan umat Islam menjadi mangsa," ujarnya.

Sehubungan itu, katanya adalah tidak munasabah diadakan undang-undang untuk melibatkan budak-budak yang berumur lima atau enam tahun di peringkat prasekolah.

Dr. Mahathir dilaporkan berkata, kajian akan dibuat untuk memperkenalkan undang-undang baru atau meminda undang-undang yang sedia ada bagi mengawal pembukaan tadika supaya matlamat penubuhannya tidak diselewengkan.

Katanya, kerajaan mungkin melarang PAS mengendalikan tadika jika ianya mengajar kanak-kanak membenci pemimpin dan kerajaan dan bukannya mengajar agama.

Ustaz Abdul Hadi berkata, kanak-kanak yang belajar di Pasti tidak tahu apa-apa pun mengenai politik dan tidak munasabah PAS dituduh melatih mereka dalam perkara politik.

Bagaimanapun, beliau meminta Dr. Mahathir mengemukakan bukti berhubung kenyataan mengenai Pasti itu.

"Kalau ada buktikan sila buktikan di kampung mana, guru mana yang lari dari kurikulum yang Pasti kemukakan, senarai secara sungguh-sungguh, jangan tuduh secara jauh, tidak berasas," katanya.

Menurutnya, kegiatan di Pasti sentiasa dipantau dan guru-guru yang mengajar juga menjalani kursus supaya apa yang diajarkan mengikuti kurikulum yang ditentukan.

Katanya, pemikiran kanak-kanak yang belajar di Pasti `tidak muat' untuk dimasukkan benda-benda yang lain daripada sistem pendidikan prasekolah yang menekankan kepada perkara-perkara asas fardu ain dan pendidikan akhlak.

Tambahnya, apa yang diajarkan di Pasti berjaya menarik masyarakat bukan sahaja ahli PAS tetapi juga ahli Umno dan bukan Islam untuk mengantar anak-anak mereka belajar di Pasti.

"(PM) Patut terima kasih dengan penubuhan Pasti yang memberikan pendidikan yang baik (kepada kanak-kanak) dan kita tidak mahu melibatkan sentimen politik menguasai diri yang menghalang perkara yang baik," ujarnya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com