UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Geran tanah: Dipanggil tak datang, tidak diberi berarak pula

KUALA TERENGGANU, 24 Jan (Hrkh) - Langkah sebahagian para peneroka Felda Neram 1 berarak ke Pejabat Tanah Kemaman untuk mendapatkan geran tanah mereka amat pelik.

Ini kerana, ketika kerajaan negeri membuat majlis penyampaian geran tanah itu mereka tidak datang, "kononnya geran itu palsu dan memboikot majlis itu."

Tetapi, apabila tidak dapat geran tanah, mereka berarak ke pejabat tanah untuk mendapatkan geran selepas didapati geran itu asli dan telah diperolehi oleh 261 orang daripada 555 peneroka di situ.

Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan para peneroka Felda Neram 1 yang berarak ke Pejabat Tanah Daerah Kemaman untuk mendapatkan geran masing-masing tidak sepatutnya berbuat demikian.

"Bukan cara berarak pergi ke pejabat daerah, polis terpaksa datang, itu bukan cara nak minta tanah," katanya.

Ini, katanya kerana, pihak kerajaan telah mengadakan satu majlis untuk membahagikan geran tanah kepada 555 peneroka di situ pada 14 November lalu di kawasan felda berkenaan.

Bagaimanapun, katanya hanya 261 peneroka yang hadir pada majlis itu penyampaian geran yang dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Haji Wan Abdul Muttalib Embong yang mewakili beliau.

"Kita dimaklumkan dua pemimpin Umno, seorang bekas Exco dan seorang wakil rakyat yang memaklumkan kepada mereka (peneroka Felda Neram 1) jangan keluar, dia kempen, kata geran palsu," katanya.

Beliau juga difahamkan ada sekatan dan ugutan kepada mereka yang mahu hadir pada majlis itu antaranya, suami memberi ancaman untuk menceraikan isteri termasuk ugutan dengan duit ehsan.

Bagaimanapun, katanya apabila dipastikan geran yang diberikan kepada mereka yang datang ke majlis itu adalah benar, barulah di kalangan mereka yang tidak hadir kelam kabut dan bertengkar sesama sendiri.

Tambahnya, untuk menutup keadaan yang berlaku itu, maka pihak berkenaan memberikan reaksi kepada media yang disiarkan beberapa hari yang lepas supaya mereka yang tidak hadir itu diberikan geran masing-masing.

Bahkan, katanya ketua yang mewakili mereka turut membuat kenyataan bahawa mereka sudah meneroka kawasan itu selama 25 tahun.

"Ketua buat kenyataan, tanah diteroka 25 tahun, patutnya 25 tolak dua, sebab kita baru perintah dua tahun, masa dia (Umno) perintah 23 tahun, dia buat apa," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com