UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Buku teks: Pelajar diarah dapat pengesahan MCA

KOTA BHARU, 24 Jan (Hrkh) - Fahaman politik sempit Umno dan Barisan Nasional (BN) kini semakin meluas di sektor pendidikan apabila pihak sekolah mengarahkan parti kompenan BN dilibatkan sebelum sesuatu kelulusan diberi.

Baru-baru ini, seorang pelajar berbangsa India, Deviga a/p Sondron dihalang mendapat buku teks sekolah kerana tidak mendapat tandatangan Penyelia Pembangunan Mukim (PPM) lantikan Umno dan pengesahan daripada pejabat MCA.

Pelajar terbabit menuntut di tingkatan tiga Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peir Chih, Jalan Long Yunus dekat sini, gagal mendapatkan buku teks biarpun ayahnya berpendapatan kecil.

Seorang pemimpin masyarakat India, Musa Amin berkata, borang permohonan mendapatkan buku teks pelajar berkenaan sudah disahkan penghulu yang dilantik kerajaan negeri.

Bagaimanapun katanya, guru besar sekolah terbabit mengarahkan borang kelayakan skim pinjaman buku teks itu ditandatangani PPM dan bukannya penghulu.

"Selain itu guru besar sekolah terbabit juga meminta borang berkenaan di bawa ke Pejabat MCA untuk disahkan.

"Apa kena mengenanya MCA dengan permohonan buku untuk pelajar sekiranya bukan untuk kepentingan politik," ujarnya.

Sehubungan itu beliau melahirkan rasa kesal di atas tindakan yang diambil sekolah terbabit yang mempolitikkan pinjaman buku.

Menurutnya, pelajar berkenaan sememangnya layak mendapat pinjaman buku teks kerana keluarganya terdiri daripada golongan miskin.

"Apa yang anehnya kenapa tahun ini pinjaman itu tidak diluluskan, sedangkan sebelum ini, tidak ada sebarang masalah biarpun borang permohonan ditandatangani penghulu yang sama," ujarnya.

Katanya, perkara seumpama itu tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh memperlihatkan sentimen politik murahan pentadbir sekolah berkenaan.

Menurutnya, beliau juga meminta penjelasan pihak sekolah kenapa pinjaman buku teks tidak diberikan kepada pelajar terbabit, memandangkan segala prosedur sudah dipenuhi.

Bagaimanapun disebabkan prihatin terhadap pelajar berkenaan Musa terpaksa mencari pendekatan lain untuk membolehkannya mendapat buku teks untuk belajar dengan lebih sempurna.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com