UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sekolah: Pak Lah tidak dapat maklumat yang betul

Oleh Azmi Yusof

KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, menyifatkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, tidak mendapat maklumat yang betul mengenai kelulusan tanah untuk membina sekolah di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya, Abdullah perlu mengemaskinikan maklumat beliau mengenai negeri ini berhubung perkara itu.

"Mungkin beliau buat kenyataan berdasarkan laporan pemimpin-pemimpin Umno Terengganu, bukan daripada Jabatan Pendidikan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Abdullah yang kesal dengan sikap kerajaan negeri yang kononnya tidak meluluskan tapak untuk pembinaan 23 buah sekolah baru yang bernilai RM270 juta.

Menurutnya lagi, Abdullah mungkin juga tidak membaca akhbar harian edisi Pantai Timur yang turut menyiarkan kenyataan beliau mengenai kelulusan tapak untuk pembinaan sekolah setiap kali selepas mesyuarat Exco.

"Mungkin edisi Pantai Timur lain dengan edisi Pantai Barat, dia (Abdullah) tak baca edisi Pantai Timur atau mungkin tak baca akhbar habis dan kenyataan-kenyataan yang saya buat selepas mesyuarat Exco tidak disiarkan sepenuhnya dalam edisi Pantai Timur," katanya.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri menerima 35 permohonan daripada Kementerian Pendidikan untuk membina sekolah di seluruh negeri pada tahun lalu, iaitu 12 di daerah Setiu, Kuala Terengganu (4), Dungun (5), Kemaman (11), Besut (5), Hulu Terengganu (10) dan Marang (7).

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 6 permohonan untuk membina sekolah kebangsaan dan menengah di Setiu, Dungun (2 kebangsaan, 3 menengah), Kemaman (8 kebangsaan, 3 menengah), Besut (3 kebangsaan, 2 menengah), Hulu Terengganu (4 kebangsaan, 6 menengah) dan Marang (1 kebangsaan, 6 menengah).

Katanya, kerajaan negeri telah meluluskan 18 daripadanya dan hanya dua sahaja yang ditolak, iaitu Sekolah Kebangsaan Pelagat, kerana tapaknya terlibat dengan kawasaan penempatan penduduk.

"Kerajaan negeri telah mengesyorkan supaya kementerian supaya mencari tapak lain yang lebih sesuai untuk sekolah berkenaan," katanya lagi.

Jelasnya, satu lagi permohonan yang ditolak ialah Sekolah Kebangsaan Nyiur 7 di Besut kerana tapak yang dimohon terlibat dengan cadangan pembinaan sebuah padang bola sepak.

"Untuk sekolah inipun kerajaan negeri telah mengesyorkan supaya kementerian mencari tapak baru yang lebih sesuai," tambah beliau.

Katanya, penolakan itu selaras dengan keputusan mesyuarat jemaah menteri pada 1 Julai 1998 yang memutuskan bahawa kawasan lapang untuk kemudahan awam seperti padang permainan dan seumpamanya tidak diluluskan untuk pembangunan semula.

Tambahnya, baki 17 lagi permohonan itu masih dalam pertimbangan dan sedang diproses mengikut prosedur pentadbiran biasa..

Beliau memberi jaminan kerjaan negeri akan meluluskan segera permohonan itu apabila prosesnya telah selesai kerana pendidikan adalah untuk semua rakyat.

Bagaimanapun, beliau kesal kerana permohonan tapak untuk pembinaan sekolah baru itu kerana dilihat oleh sesetengah pihak sebagai peluang untuk mendapatkan keuntungan.

"Di sana ada proses yang tidak betul, ada (kontraktor) yang sudah meratakan tanah (tapak sekolah) tanpa kebenaran sebelum proses selesai. Mungkin kenyataan TPM itu bertujuan memenuhi hasrat kontraktor-kontraktor yang berlumba-lumba untuk mendapatkan projek tanpa mengambil kira peraturan-peraturan yang ada," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com