UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kempen lucah: Pengundi Indera Kayangan jadi saksi

Oleh Roy Rasul

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Hrkh) - Ketua Wanita KeADILan, Fuziah Salleh berkata, rakyat Indera Kayangan telah menyaksikan sendiri aksi lucah dan buruk anggota Pergerakan Puteri Umno semasa berkempen membantu calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil di Indera Kayangan baru-baru ini.

Malah, katanya, beliau menerima banyak aduan daripada petugas Wanita KeADILan dan Muslimat PAS tentang tingkah laku petugas remaja pergerakan itu yang jelas tidak bersopan dan membelakangkan adab serta budaya Timur.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Ketua Puteri Umno, Azalina Osman, dalam rancangan Bicara Islam yang disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM1) 24 Jan lepas, bahawa anggota wanita BA menggunakan bahasa kesat dan lucah semasa berkempen dalam pilihan raya kecil itu.

Katanya, tuduhan Azalina itu adalah tidak berasas sama sekali dan lebih merupakan publisiti murahan beliau sebagai ketua pergerakan tersebut.

"Tuduhan beliau itu amat dikesali. Ia adalah suatu pembohongan dan bertujuan menimbulkan kekeliruan sekaligus menutup buruk-laku ahli-ahli pergerakan pimpinannya itu," katanya.

Malah katanya, insiden-insiden yang yang diperkatakan oleh Azalina itu sebenarnya dilakukan sendiri oleh ahli Puteri Umno yang dipimpin oleh beliau.

"Bahasa yang digunakan mereka amat kesat dan ini ditambah pula dengan bahasa isyarat lucah dan tingkah laku yang tidak menghormati budaya masyarakat," katanya ketika memperihalkan tingkah laku ahli pergerakan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, Wanita KeADILan menuntut Ketua Puteri Umno itu supaya memohon maaf dan menarik balik tohmahan yang dibuatnya terhadap petugas-petugas wanita BA.

Menurut beliau lagi, Wanita KeADILan tidak akan teragak-agak mengambil tindakna saman malu terhadap Azalina sekiranya beliau gagal berbuat demikian.

Dalam pilihan raya kecil 19 Jan itu, calon BN, Ooi Ah Lan, berjaya mengalahkan calon KeADILan, Khoo Yang Chong, dengan majoriti 2,592 undi. Beliau mendapat 4,279 undi, sementara Khoo memperoleh 1,687 undi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com