UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Masing-masing Tiada Bukti Tapi Siapa Yang Panik?

Yazid Sufaat dituduh oleh FBI dan CIA melalui Newsweek sebagai berperanan di dalam melancarkan serangan 11 September di USA bersama Zacaria Mossoui tapi Madey kata USA tiada bukti di atas dakwaan itu. Madey nakkan bukti.

Madey pula menangkap Yazid di bawah ISA kerana menuduh beliau merancang untuk mengguling kerajaan secara militan tapi dia pun tiada bukti. Sebab itulah dimasukkan ke dalam ISA - sebab tiada bukti.

Jadi dua-dua pun tiada bukti, cuma pandai menuduh sahaja berdasarkan LINK semata. Orang itu kenal orang ini, dan orang itu pernah jumpa dan meeting dengan orang ini. Itu saja, pernah kenal dan pernah jumpa. Bukti LINK boleh pakai ker dalam Mahkamah?

Ramai yang percaya Madey mengarahkan Yazid ditangkap bertujuan untuk mengelakkan tuduhan Uncle Sam bahawa Malaysia tidak melakukan apa-apa untuk memerangi "keganasan". Dek kerana terlalu phobia akan menerima nasib yang sama dengan Afghanistan, Madey pun buatlah tangkapan, sampai berpuluh orang pulak tu. Indonesia pula baru seorang, beranilah sedikit orang Indon daripada kita. Standard lah tu.

Arafat pun pada mulanya membuat perjanjian dengan Syaitan USA - aku tangkap orang Palestin yang militan, engkau, USA/Israel, kena bagi aku autonomi dan iktiraf aku. Arafat pun start buat tangkapan sampai berpuluh jugak. Last-last apa jadi? Lepas Arafat tunaikan janji dia, USA pulak sekarang belot dan kata Arafat tidak melakukan yang cukup, Arafatlah yang bersalah sampai ramai orang Yahudi kena bom dek "suicide bombers", yang terakhir dilakukan oleh seorang wanita Palestin, yang pertama dalam sejarah Intifada.

Madey pun pada mulanya buat tangkapan ke atas Yazid dan gangnya kerana takut nak mampos dengan USA. Orang tu tak suruh pun tangkap lagi dia sudah tangkap. Ingatkan Uncle Sam akan berpuashatilah, rupanya Uncle Sam BELUM BERPUASHATI. Madey risau kot-kot Uncle Sam mula-mula kecoh dalam Newsweek, kemudian dalam CNN dan last sekali dia akan demand Yazid di extradite ke USA. Extradition? Oww! Kelas gitu! Yazid takda hal punya, dia memang dah tunggu nak Syahid saja. Tapi Madey camno? Member tak caya kat syahid-syahid ni.

So awal-awal lagi Madey dah deny berita Newsweek mengenai Yazid. Tak tidur malam ni gamaknya orang tua nak mampos tu.

Kalau betullah nanti USA nak demand extradition Yazid ke USA atau Cuba, ingat Madey nak bagi ker? Kalau nak dikira maruah, memang dah tak ada sebulu maruah yang tinggal dalam spender Madey lagi. Kalau dia betul ada maruah, dia pasti ikut jejak langkah Indonesia yang pemberani itu.

Tapi mungkin jugak dia akan bagi setelah memikirkan bala malapetaka yang mungkin akan ditimpakan ke atas Malaysia ini. Macam-macam yang boleh dikenakan USA ke atas negara ini, start daripada sanction sampai ke bom. Tapi kalau tahap Madey ni, kentut atau dehem Uncle Sam pun sudah memadai untuk menghantar Yazid dan mungkin rakan-rakannya yang lain ke pangkuan USA. Kalau rakyat negara ini nak protes pun, alaa... paling kuat sebulan saja, I tell you.

Tapi kesimpulannya, kita dapatlah melihat bagaimana akibatnya manusia yang suka buat perjanjian dengan Syaitan. Arafat, Musharraf, Karzai dan selepas ini Madey akan terkena. Sebenarnya kalau kita kuat bertawakkal dan yakin dengan janji Allah, Allah akan melepaskan kita dari sesuatu bencana. Tapi Madey nak bertakwakkal, beristikhorah?

Dan inilah juga kesannya apabila sesebuah negara masih bergantung pada setiap sudut kepada USA dan negara bukan Islam dan bukan kepada negara seagamanya. Kebergantungan inilah yang telah menjerut tengkuknya untuk terus akur dan jadi talibarut yang tidak bermaruah kepada kuasa-kuasa tersebut.

Madey, kalau kau baca FGR ni malam ni, kau hantar sajalah Yazid tu ke USA, habis cerita. Ada jugak wakil orang Malaysia sorang kat Cuba. Malaysia Boleh!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com