UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Renungan Bersama

Artikal ini sebenar telah diposkan dalam Guestbook Tranung Kite. Saya rasa ruang tersebut tak sesuai, jadi saya telah padamkan dan berjanji untuk menyiarkannya didalam ruang sepetutnya. Di bawah ini adalah komen pengunjung tersebut dan saya membuat sedikit catatan (warna kuning) sebagai memberi respon kepada beberapa maklumat daripada komen beliau. Maaf kerana lewat sedikit nak masukkan keruangan artikal ini. - webmaster

burung hudhud
E-Mail : penyampai saja
Laman Anda :
URL laman : http://
Tahu Melalui : Engine Pencarian
Dari Mana : hati yang insaf
Komen : Renungan Bersama

Sejarah salasilah perihal keterlanjuran tatasusila kesopanan melayu di kalangan ahli pembangkang terutamanya semasa pilihanraya di Malaysia tidak payah diketengahkan dan diwar-warkan lagi, jangankan MALAYA, dunia luar pun sudah sedia maklum. Rasa ketidak-puasan hati di kalangan mereka ini adalah lumrah di pihak yang kalah, cuma bagaimana ianya dikeutarakan dan diluahkan itulah yang membezakan antara mereka yang bersahsiah tinggi atau sebaliknya.

Saya tak pasti daripada sumber mana penulis ini boleh membuat satu hipotesis bahawa pembangkang bersalah.
Penulis berasa hairan saban hari ada sahaja cetusan idea bagi mereka untuk menghentam pemerintahan kerajaan pimpinan BN. Benarkah tiada satu jua usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan di dalam mentadbir negara yang benar-benar betul dalam istilah mereka? Apakah tugas pembangkang hanya untuk ‘menggulingkan’ kerajaan sediada hanya bagi maksud untuk menggantikannya dengan yang lain sehingga menjurus kepada kecenderungan mereka untuk menabur pelbagai fitnah dan tuduhan? Tidak bolehkah mereka membuat teguran membina, tidak bolehkah Harakah dipenuhi berita-berita lain i.e sukan, ekonomi, luar negara etc selain daripada dipenuhi maki-hamun, cacian, fitnah, tuduhan mahupun cemuhan. Satu-satunya muatan perkhabaran berita baik yang diisi hanyalah mengenai kebaikan, hati-budi ahli PAS menabur jasa sana-sini, masuk kampung dan sebagainya. Tidak Islamkah ahli-ahli Pas sekiranya memuatkan berita-berita terkini mengenai skop-skop yang lebih luas?

Pembangkang sudah membawa erti menegur dalam sistem pentadbiran, sila rujuk kepada kenapa wujudnya Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat dengan bayaran elauan dan pejabatnya sendiri. Tapi malangnya di Malaysia pembangkang tidak diberi tugas sewajar. Pihak kerajaan seolah-olah merasakan bahawa dia satu-satunya pemerintah yang mewakili suara rakyat. Sedarkan penulis bahawa menjadi pembangkang itu datang daripada suara rakyat undi rakyat. Pembangkang bukan bermakna dia melantik diri sendiri jadi pembangkang. Pernahkah penulis membuat analisis secara terperinci berapa paratuskah rakyat negara ini memberi undi kepada pembangkang. Tapi malangnya kerajaan cuba menafikan hak rakyat ini. Kalau di Kelantan dan Terengganu pihak UMNO/BN tak boleh menerima dia sebagai pembangkang, apakah penulis telah mengkaji perkara ini... atau sengaja mencari salah sesuatu pihak sahaja ?? Mereka ini cuba membuat persepadan semula kawasan pilihan raya supaya kerusi lebih banyak kepada kerajaan UMNO/BN. Ini tidak lagi mewakili suara rakyat. Dimana hak rakyat yang mengundi. Sepatutnya apabila nak bentuk apa-apa dasar mintalah pandangan pembangkang. Ini tidak, jangan rasa pihak kerajaan sahaja yang terdiri daripada cerdik pandai.

Saya cukup sedih bila penulis membuat huraian tentang harakah dengan satu tohmahan melulu tanpa fakta yang jelas. Pertanyaan andakah penulis pernah melihat atau membaca Harakah ? Jika belum, bacalah dahulu baru buat komen.

Penulis ingin menanya, apakah ini ajaran Islam kepada umatnya? Soal tentang kesahihan sesuatu tuduhan atau fitnah yang diutarakan pembangkang adalah suatu isu lain, Adakah ia benar? Adakah anda berada di tempat kejadian semasa berlakunya penyelewengan, salah-laku, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya? Siapakah yang memaklumkan kepada anda? Anda lihat sendiri? Ada buktikah? Nyata? Sah? Sahih? Kalau tak kenapa percaya? Kawan beritau? Saudara bagitau? Kawan punya emak saudara bagitau? Bapa saudara punya kawan rapat yang bagitau? Ini semua lumrah, Anybody can claim anything!! Penulis GIVE UP dibuatnya kalau setakat hanya untuk mendengar cerita-cerita sensasi. Apa yang ada? Kosong! ZERO! Kalaupun sahih, apa faedahnya diceritakan? Bukan bangsa anda sendirikah yang anda leparkan tuduhan demi tuduhan? Tiada rasa keaibankah membuka pekung bangsa kita sendiri? Tidak cukupkah penyakit masyarakat yang sudah sedia menimbun di kalangan bangsa kita? Tak cukup? Adakah anda akan menghebohkan cerita tentang salah-perilaku di antara keluarga terdekat, abang, kakak, emak, ayah, anak anda kepada umum? Bukankah Melayu ini suatu institusi kekeluargaan juga yang lebih besar? Kenapa hendak pergi kepada nas-nas, rujuk surah itu dan ini yang terperinci sedangkan ajaran asas mudah sahaja, JANGAN BERSENGKETA di antara sesama umat, berbaik-baik di antara kita . . kalau dah yang asas dah bercelaru, inikan isu-isu lain, BACK to BASIC my dear brothers!

Perenggan ini cukup jelas memberi gambaran bahawa penulis tidak ada asas langsung berhubung pentadbiran negara, undang-undang dan sistem mahkamah. Jika ada rasuah mengikut perlembangaan kita buat report kepada BPR. Cukup jelas bila pihak pembangkang membuat report sebagaimana yang telah dilakukan Oleh Sdr Anwar tentang penyelewengan Rafidah dll. Ezam, diikuti yang terbaru oleh Sdr Lutfi dan banyak lagi report-report yang dibuat. Tapi malangnya pihak Kerajaan BN/UMNO menyalah gunakan undang-undang negara, bukan mereka yang dituduh disiasat yang membuat report pula disiasat. Ini satu penyelewengan yang cukup besar. Penulis seolah-olah memejam mata dan membuat pula andaian-andaian sehingga terlalu susah kita nak tahu penyelewengan sehingga kena lihat sendiri. Sistem Pentadbiran cukup jelas, kita ada audit... tahu kita ada audit. Misalnya dulu ada tuduhan kononnya ada penyewelengan kerejaan Terengganu wang 432 juta. MB Terengganu mudah aje jawab semak auditlah... ini pun tak tahu. Tapi bila pihak pembangkang buat aduan penyelewengan Khir Toyo kenapa tak semak audit... ini bengong !
Pernahkan anda meletakkan diri anda di atas kerusi mereka-mereka yang anda tuduh menyalahgunakan kuasa dan jawatan memberikan projek-projek kepada saudara-mara sehabat handai. PERCAYALAH, jika direnungkan, anda akan melakukan lebih dari mereka sekiranya berada di kedudukan mereka. Jikalau saingan perniagaan anda memperolehi projek pembinaan yang lebih daripada anda, itu hanya menunjuk dan membuktikan mereka mempunyai Public Relation yang lebih baik dari anda, sepatutnya ia dijadikan landasan untuk kita melipat-gandakan usaha memajukan diri memperbaiki kelemahan yang ada. Isu ini telah dihuraikan panjang lebar suatu ketika dahulu oleh sahabat kita DrKodiang di dalam ruangan ini mengenai kronisme dsb.

Ayat "anda akan melakukan lebih dari mereka.." penulis, adalah satu prasangka jahat, memang penulis mempunyai sifat berat sebelah dalam membuat ulasan dan sebenarnya penulis tak layak untuk membicarakan hak kebenaran dan keadilan. Dengan ini sebenarnya apa yang penulis tulis diperenggan bawah adalah bercanggah dengan sikap penulis sendiri. Ubah sikap itu dulu !
Jika hendak dikupaskan satu-persatu isu yang melanda bangsa Melayu ini rasanya dibuat ensiklopedia 20 jilid pun tidak mencukupi, apalagi hendak menyelesaikan. Adakah dilemma Melayu ini akan terus-menerus membelenggui sehingga generasi yang akan datang tiada penghujung dan penghabisannya?

Berikut hendak saya senaraikan jika tidak semua, sekurang-kurang masalah dilemma bangsa Melayu sekarang buat renungan yang pembaca mahupun penulis sendiri yang sering alpa mahupun ambil mudah, pembaca boleh menambah sekiraya ada :

Mudah mempercayai cerita-cerita negatif mengenai seseorang ;

Cemburu melihat kejayaan orang lain dalam apa jua bidang ;

Sering merendah-rendahkan pesaing kita dalam apa jua bidang ;

Cenderung melambat-lambatkan kerja memberi seribu satu alasan ;

Sering menyalahkan sesama sendiri apabila dipersoalkan kerjanya ;

Memburukkan pesaing di mata orang lain ;

Hasad-dengki ;

Sering mencuri tulang dan melengah-lengahkan bila diberikan tugas atau tanggungjawab ;

Menghasut dan menyampaikan cerita-cerita negatif kepada orang lain ;

Lewat masuk kerja ;

Cenderung untuk memiliki kehidupan senang tidak setimpal usaha ;

Cakap KOSONG! ;

Kuat berangan ;

Kuat bermegah, tiada rasa rendah diri ;

Berpolitik bagaikan rak, tapi sahsian dan perangai di belakang penuh pembohongan ;

Budaya , Alahhh takper, aku ada cable baik, boleh solve ;

Tidak mempunyai pemikiran analitikal akan baik buruknya sesatu tindakan ;

Berlagak sombong sekiraya diberi kemewahan sedikit, inikan pula berada di atas ;

Bermegah ;

Membuat kerja hanya mengharapkan SHORTCUT, jump queue memacam ;

Tidak menghormati pengguna ;

Tidak menghormati orang lain i.e parking kereta, waktu makan, di bank dsb ;

Tidak menghormati orang yang membayar cukai (i.e kakitangan awam clerical lazimnya) ;

Kurang tatasusila bila berkomunikasi i.e bercakap kasar dsb (mentang-mentang dia client) ;

Pelajar lebih cenderung berpolitik daripada menelaah pelajaran, grad cukup syarat orait! ;

Pelajar malas belajar ;

Pensyarah emosional nak bersyarah politik ;

Sering lupa akan mereka yang berada di bawah, kurang berada, kurang berkemampuan ;

Kurang menjaga mutu-kerja yang dilaksanakan ;

Cenderung mempersoalkan isu dari merenung diri sendiri ;

Sensitif

Perebutan harta pusaka saudara-mara

Hutang-piutang

Lari dari hutang

Suka mengharap dan mendapatkan keistimewaan, faedah dan subsidi selamanya tanpa cuba untuk memajukan serta meningkatkan diri sendiri

Sering alpa menghargai susah payah orang lain ;

Cenderung memberi contoh yang jejauh, sedangkan contoh di depan mata sering tidak nampak ;

Budaya, Orang lain buat tak boleh, kita buat takper! ;

Budaya, Orang lain cakap tak boleh, kita cakap takper! ;

Ego mengaku salah diri sendiri walaupun ia jelas ;

Berpuak-puak mahu dalam berpolitik sesama ahli parti, pekerjaan dsb (Dato ni tak suka Dato ni, Datin ni tak suka Datin ni, memacam!! Bila mau jalan kerja?) . . . .

Kengkadang jika difikirkan, apakah itu Melayu sebenarnya? Fikir-fikirkanlah, apakah anda berfikiran anda Melayu? Mungkinkah sebenarnya dilemma-dilemma di atas memelayukan kita?

Penulis bagaimanapun sekadar ingin meluahkan perasaan melihatkan penyakit bangsa di atas semakin menular di kalangan kita baik dalam sedar mahupun tidak. Penulis juga sedia maklum bahawa isu-isu di atas sebenarnya penyakit bangsa yang telah lapuk. Memang dilemma tersebut wujud di kalangan bangsa lain, tetapi kewujudannya amat terasa di antara kita mahupun penulis sendiri, Renung-renungkanlah . . Bagi pihak pembangkang, sama-samalah melihat diri anda from bird’s eye view, lihatlah diri anda keseluruhannya, apakah yang anda perjuangkan? Kemudian lihat, apakah yang parti anda perjuangkan? Sekarang bandingkan, adakah perjuangan tersebut berada dalam landasan yang sama?

Bagi yang lelain termasuk diri saya sendiri, sesamalah kita ingatkan diri kita tentang perjuangan sebenar parti, bukan sekadar mempunyai niat dan matlamat individu semata-mata. Apakah yang boleh anda sumbangkan kepada parti anda, BUKAN apakah yang parti boleh sumbangkan kepada anda!! . . . . . Demi Islam, Untuk Melayu, Kerana Malaysia . . .






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com