UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




760 undi pos disediakan untuk Guar Syed Alwi

Saya baru semalam kembali dari “dikerahkan” membantu jentera pilihanraya BN di IK. Pada mulanya apabila mendapat arahan tersebut, timbul rasa mengeluh nanum setelah lima hari bersama jentera pilihanraya mereka saya bersyukur kerana diberi peluang tersebut.

Hasil dari tugasan beberapa malam tersebut dapatlah saya sendiri melihat bagaimana jentera mereka berfungsi dan dapatlah juga sedikit sebanyak mengorek rahsia mereka. Saya telahpun menyampaikan beberapa maklumat penting kepada “musuh” saya dalam persaingan ini namun saya ingin juga kemukakan beberapa maklumat untuk bacaan dan pengetahuan umum.

Sepanjang masa di sana saya langsung tidak bergaul dengan "musuh" saya kerana ditakuti saya dijejaki atau disyaki "musuh dalam selimut".

Pertamanya, Mat Taib (Tyson) mengerahkan beberapa buah bas penuh dengan para pesilat. Ada sumber yang mengatakan sehingga 15 buah semuanya. Apa tujuannya – mungkin ramai telah termaklum dengan beberapa kejadian beberapa hari sudah.

Kedua, jentera BN amat takut dengan dua kawasan pengundian. Kedua-dua ini telah dikenalpastikan sebagai kubu kuat PAS.

Ketiga, bagi mengimbangi kekuatan PAS, mereka telah menyediakan undi-undi pos. Sebagai contoh, Guar Syed Alwi telah disediakan sebanyak 760 undi pos.

Keempat, berapa buah syarikat swasta telah diminta untuk membantu untuk menyumbang dari segi peralatan dan mesin (termasuk peralatan komunikasi dan komputer), tenaga manusia (termasuk saya), dan kewangan. Beberapa pemberian kontrak telah disegerakan baru-baru ini bagi membolehkan wang disalurkan dari penbendaharaan kerajaan kepada syarikat-syarikat ini untuk di”derma”kan kepada jentera pilihanraya BN. Salah sebuah syarikat yang saya amat kenal pemiliknya telah diarahkan mengirimkan lebih dari RM200,000. Ini bukanlah sebuah syarikat yang besar tetapi sentiasa memperolehi kontrak-kontrak kerajaan. Berapa pula agaknya yang disumbangkan oleh syarikat-syarikat gergasi kroni yang lebih besar …

Sekian
Ibrahim Baba
16 Januari 2002






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com