UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Surat dedah pertelingkahan dalaman UMNO Perlis diedarkan secara meluas

KANGAR: Menteri Besar Perlis Tan Sri Shahidan Kassim baru-baru ini mengakui bahawa surat layang yang mendedahkan perpecahan dalaman UMNO Perlis diedarkan secara meluas di negeri ini menjelang pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan 19 Januari ini.

Beliau bagaimanapun menuduh 'pihak-pihak' tertentu terbabit di dalam 'plot' untuk menjatuhkan beliau. Beliau tidak pula menamakan pihak-pihak terbabit atau memberi sebarang petunjuk sama ada surat itu datang dari UMNO sendiri.

Desas-desus mengenai perpecahan dalaman UMNO Perlis sudah lama diperkatakan di negeri ini. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, ia berpunca daripada pertembungan personaliti di antara Menteri Besar Tan Sri Shahidan dan Menteri Persekutuan Datuk Azmi Khalid.

Di samping itu, wujud juga kumpulan di dalam UMNO yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Shahidan. Beberapa bulan lepas, akhbar-akhbar internet menyiarkan laporan mengenai pertelingkahan di antara seorang EXCO Pemuda UMNO dari Perlis dengan Shahidan.

Surat layang yang tersebar luas itu berkisar mengenai desas-desus sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melibatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Hamid Pawanteh yang tidak senang dengan kepimpinan Shahidan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada surat layang yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO itu dihasilkan oleh UMNO sendiri seperti yang didakwa.

Budaya surat layang sememangnya menjadi tradisi di dalam UMNO, yang mana puak-puak yang bertelagah menggunakannya untuk menghentam antara satu sama lain.

............................
Artikal daripada Laman BA Pilihan Raya Kecil Indera Kayangan. Sila ke sana untuk maklumat lanjut....






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 7 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com