UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Wanita UMNO bersorak melihat gangster UMNO memukul petugas BA

KANGAR: Pemuda keADILan melahirkan rasa kesal di atas sikap dan taktik keganasan yang digunakan oleh UMNO sepanjang kempen PRK Indera Kayangan setakat ini.

EXCO Pemuda keADILan Saudara Liau Kok Fah menceritakan peristiwa yang dialami beliau sendiri bersama-sama petugas yang lain, apabila beliau diganggu dan cuba dipukul oleh petugas-petugas UMNO yang berlagak seperti gangster.

Lebih malang lagi, menurut sumber Pemuda, kejadian yang berlaku di hadapan sekumpulan Wanita UMNO itu turut memperlihatkan 'wajah' sebenar UMNO bila mana mereka (Wanita UMNO) turut bertempik dan bersorak menyuruh petugas UMNO membelasah petugas BA.

Menceritakan kejadian tersebut, Saudara Liau berkata beliau bersama- sama Saudara Ahmad Hamdi Datuk Mokhtar, yang bertugas sebagai petugas keADILan di atas kapasiti peribadi beliau, sedang mengedarkan risalah- risalah kempen BA apabila sekumpulan petugas UMNO datang untuk membuat kacau.

Mereka (Liau dan Hamdi) turut disertai oleh seorang lagi petugas keADILan.

Selepas itu, sekumpulan pemuda yang memakai jaket BN datang membuat kacau dengan menolak-nolak mereka sambil merampas risalah yang sedang diedarkan.

Petugas BN selepas itu menyepah-nyepahkan risalah BA sambil memijak- mijaknya.

Dalam keadaan kelam kabut itu, seorang petugas BN mengambil kabel besi dan memukul Saudara Ahmad Hamdi, sehingga beliau luka di tangan dan kepala.

Petugas-petugas itu kemudian melarikan diri ke Bilik Gerakan BN Pahang yang terletak berdekatan.

Ketika petugas-petugas BN itu cuba menyembunyikan diri di dalam Bilik Gerakan BN Pahang, sekumpulan Wanita UMNO Pahang menjerit-jerit menyuruh mereka terus 'membelasah' petugas-petugas BA tadi.

Tindakan untuk cuba mengenalpasti petugas BN yang memukul Saudara Ahmad Hamdi gagal apabila petugas-petugas BA dihalang masuk ke Bilik Gerakan BN itu oleh petugas Wanita UMNO tadi yang terus membuat bising dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Walau bagaimanapun, indentiti samseng yang memukul Saudara Ahmad Hamdi telahpun diketahui melalui maklumat yang diberi oleh anak kepada seorang petugas BN sendiri.

Saudara Hamdi sudahpun mendapat rawatan di Hospital Kangar, dan rekod kecederaan beliau akibat tindakan samseng petugas UMNO itu sudahpun dicatat.

Saudara Hamdi dengan dibantu peguam-peguam BA telahpun membuat laporan polis mengenai perkara ini.

Kepimpinan Pemuda keADILan melahirkan harapan agar rakyat terbanyak membuka mata dan melihat sendiri kelakuan petugas BN yang merasakan tindakan mereka tidak tertakluk kepada lunas undang-undang.

Mereka juga melahirkan rasa tidak percaya dengan sikap Wanita UMNO yang kasar dan tidak melambangkan ciri-ciri Wanita timur.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 14 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com