UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ceramah Perdana YAB Dato' Seri Haji Abdul Hadi dihadiri lebih 5,000 orang

IK: Ceramah perdana anjuran BA yang diadakan di Titi Chai semalam mendapat sambutan hangat apabila lebih 5,000 orang ramai hadir, walaupun di tengah-tengah kehadiran pasukan polis untuk mendengar ucapan pemimpin-pemimpin BA.

Ceramah itu disertai oleh YAB Dato' Seri Haji Hadi, Menteri Besar Terengganu, YB Ustaz Haji Hashim Jasin, Ketua Pembangkang Perlis, YB Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Ketua Pemuda keADILan, Dr. Hatta Ramli, Setiausaha Politik Ketua Pembangkang Malaysia dan ramai lagi.

IK dimaklumkan bahawa jumlah lebih 5,000 orang yang menghadirinya boleh dikira cukup mengkagumkan, memandangkan jumlah pengundi di Indera Kayangan tidak lebih 7,500 orang sahaja.

Ceramah-ceramah perdana berjalan dengan semakin rancak, walaupun media perdana kawalan BN terus menerus mebuat propaganda bahawa jentera pilihanraya BA hampir lumpuh akibat beberapa orang pemimpin keADILan Perlis berpaling tadah.

Beberapa ceramah perdana yang lain akan diadakan menjelang hari mengundi Sabtu ini. Pemimpin-pemimpin utama BA seperti YAB Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, YB DS Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan lain-lain dijangka akan turut 'turun padang' ke Indera Kayangan.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com