UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Presiden Persatuan Bekas Perajurit tidak nafi Major Sharif terima habuan RM 1 juta

KUALA Lumpur: Presiden Persatuan Bekas Perajurit Malaysia, Dato’ Abdul Gani tidak menafikan Major Sharif, bekas Ketua Bahagian keADILan Kangar menerima "imbuhan" sebanyak RM 1 juta untuk memasuki UMNO.

Abdul Gani yang ditemuramah oleh BERNAMA tidak menolak kemungkinan bekas ahli keADILan itu disogok dengan wang supaya bertukar parti.

Dalam temuramah dengan BERNAMA yang tersiar pada 14 Januari, sewaktu ditanya kemungkinan tersebut, Abdul Gani menepis soalan tersebut dan cuba mengalih perhatian dengan menyatakan bahawa yang penting adalah niat mereka untuk bersama dengan UMNO.

Sementara itu, ahli-ahli keADILan di Perlis bersimpati dengan keadaan hidup Major Sharif yang diugut bahawa isterinya akan ditukar ke Sarawak jika beliau terus bersama keADILan.

Malah seorang rakan karib Major Sharif mendakwa Tan Sri Shahidan Kassim sendiri yang memanggil Major Sharif sambil menunjukkan surat pertukaran tempat kerja bagi isterinya, seorang guru.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com